Lelaki ditemukan rentung di bilik tidur

Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di Batu Putih Sandakan Lorong 3, Sandakan, awal pagi Ahad.
Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di Batu Putih Sandakan Lorong 3, Sandakan, awal pagi Ahad.
A
A
A

SANDAKAN - Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah dan kedai di Batu Putih Sandakan Lorong 3, di sini pada awal pagi Ahad.

Mangsa Mohd Zarman Salamat, 30, dipercayai gagal menyelamatkan diri sebelum mayat ditemukan di bilik tidurnya pada jam 6.04 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.56 pagi.

Katanya, seramai 12 Anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh sembilan kilometer dari BBP Sandakan.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal dan sebuah kedai yang musnah sepenuhnya.

"Menurut maklumat awal, terdapat seorang mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut dan operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambahnya, api berjaya dikawal pada jam 5.34 pagi.

"Hasil pemeriksaan lanjut dalam rumah yang terbakar, mayat ditemukan di bahagian tengah rumah dipercayai bilik tidur mangsa.

"Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jimmy berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!