Bersatu akan buat 'post mortem' untuk perkukuh perjuangan parti - Azmin Ali

Mohamed Azmin berkata, pihaknya menerima keputusan pengundi Johor yang memberikan sokongan kepada calon-calon Bersatu di 16 kawasan ditandingi atas nama PN.
Mohamed Azmin berkata, pihaknya menerima keputusan pengundi Johor yang memberikan sokongan kepada calon-calon Bersatu di 16 kawasan ditandingi atas nama PN.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan meneliti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 secara terperinci dan membuat 'post mortem' untuk mengenal pasti beberapa langkah strategik yang dapat memperkukuhkan perjuangan parti dalam membawa agenda rakyat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya menerima keputusan pengundi Johor yang memberikan sokongan kepada calon-calon Bersatu di 16 kawasan ditandingi atas nama Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, demokrasi yang memberi kuasa kepada rakyat adalah asas penting untuk kemajuan negara.

"Secara keseluruhannya, jumlah undi yang diterima adalah baik dan tapak sokongan ini akan terus diperluaskan pada masa depan.

"Bersatu juga mengucapkan terima kasih kepada semua jentera yang bekerja keras membantu calon-calon dalam semangat setiakawan dan kesetiaan terhadap perjuangan Bersatu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Bersatu dalam masa sama mengucapkan tahniah buat Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Barisan Nasional (BN) yang diberikan mandat baru untuk membentuk Kerajaan Negeri Johor dalam pilihan raya kali ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan kemenangan BN pada PRN Johor Ke-16.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, setakat jam 10.32 malam tadi BN mendahului dengan 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 jumlah keseluruhan.

Parti itu juga berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!