PKP: Penderma darah boleh ke Pusat Darah Negara

PDN memaklumkan di Faebooknya, penderma darah boleh ke beberapa lokasi untuk menderma darah sepanjang PKP yang sedang berlangsung.
PDN memaklumkan di Faebooknya, penderma darah boleh ke beberapa lokasi untuk menderma darah sepanjang PKP yang sedang berlangsung.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penderma darah tetap yang mempunyai buku merah boleh melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut satu hantaran dalam laman Facebook Pusat Darah Negara (PDN), buku tersebut boleh ditunjukkan kepada pihak polis sekiranya melalui sekatan jalan raya.

"Untuk memudahkan perjalanan ke pusat kutipan darah sepanjang tempoh PKP ini, para penderma perlu membawa buku atau kad penderma darah untuk penderma tetap," katanya menerusi perkongsian di laman Facebook pada akhir Mac lalu.

Semalam Sinar Harian melaporkan, PDN kini mengalami kekurangan darah sebanyak 40 peratus dan darah yang berada dalam keadaan kritikal ialah jenis O.

Dipercaya kekurangan itu disebabkan oleh pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu.

Sehubungan itu, PDN memaklumkan, penderma darah boleh ke beberapa lokasi iaitu di PDN, Jalan Tun Razak; Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya; Midvalley Donation Suite, Mezzanine Level, Level 3 dan tabung-tabung darah berdekatan berdasarkan waktu ditetapkan.

Selain itu, orang ramai juga boleh mengisi borang pendaftaran penderma darah secara dalam talian di https://regdonor.bbis.moh.gov.my/.

Borang yang siap diisi akan dihantarkan melalui e-mel dan seterusnya perlu dicetak.

Artikel Berkaitan: