[TIDAK RASMI] PRN Johor: BN menang di 12 DUN, PH di satu DUN

BN mendahului kemenangan di Kukup, Sedili, Bekok, Tenggaroh, Benut, Pekan Nenas, Penawar, Pasir Raja, Bukit Permai, Yong Peng dan Rengit.
BN mendahului kemenangan di Kukup, Sedili, Bekok, Tenggaroh, Benut, Pekan Nenas, Penawar, Pasir Raja, Bukit Permai, Yong Peng dan Rengit.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Barisan Nasional (BN) mendahului di dua belas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk kerusi DUN Machap yang ditandingi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Selain DUN Machap, BN mendahului kemenangan di Kukup, Sedili, Bekok, Tenggaroh, Benut, Pekan Nenas, Penawar, Pasir Raja, Bukit Permai, Yong Peng dan Rengit.

Setakat jam 8.30 malam, Pakatan Harapan (PH) memenangi satu kerusi DUN iaitu di Bentayan.

Kemenangan BN setakat ini memaparkan kejayaan calon muka baharu seperti Mohd Israk Abdullah (Kukup) dan Datuk Mohd Sumali Reduan (Benut).

Kemenangan turut berpihak kepada penyandang kerusi DUN antaranya Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai) dan Ling Tian Soon (Yong Peng), Muszaide Makmor (Sedili), Tan Chong (Bekok), Tan Eng Meng (Pekan Nanas) dan Fauziah Misri (Penawar).

Selain itu, Datuk Seri Dr Adham Baba juga berjaya di kerusi DUN Pasir Raja.

Youzaimi Yusof pula berjaya di kerusi DUN Tenggaroh selepas kerusi berkenaan dipindahkan daripada milik MIC kepada UMNO.

Zaidi Japar yang juga calon BN di kerusi panas Rengit turut mencapai kemenangan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!