Anggota polis maut tercampak keluar kereta

Kereta dipandu mangsa hampir masuk ke dalam tali air berhampiran. - FOTO: PDRM
Kereta dipandu mangsa hampir masuk ke dalam tali air berhampiran. - FOTO: PDRM
A
A
A

PASIR PUTEH – Seorang anggota polis maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan di Kilometer (KM) 30 Jalan Persekutuan Pasir Puteh-Kota Bharu berhampiran Simpang Kampung Banir Belikong di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 11.50 malam itu, mangsa yang berusia 28 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu itu disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Keadaan kereta mangsa yang remuk akibat kemalangan. - FOTO: PDRM
Keadaan kereta mangsa yang remuk akibat kemalangan. - FOTO: PDRM

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Saari Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut pada jam 12.05 tengah malam Sabtu.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa memandu sebuah Perodua Kelisa dari arah Kota Bharu menuju ke rumahnya di Pasir Puteh sebelum kenderaan dipandunya dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Kereta itu kemudian terbabas dan mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

Kemalangan berlaku di KM30 Jalan Persekutuan Pasir Puteh-Kota Bharu berhampiran Simpang Kampung Banir Belikong di Pasir Puteh Jumaat. - FOTO: PDRM
Kemalangan berlaku di KM30 Jalan Persekutuan Pasir Puteh-Kota Bharu berhampiran Simpang Kampung Banir Belikong di Pasir Puteh Jumaat. - FOTO: PDRM

Artikel Berkaitan:

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!