'Raja sehari' tinggalkan seketika majlis persandingan demi untuk mengundi

Aida ditemani pengantin lelaki, Raja Akmal menunjuk jari beliau yang dicelup dengan dakwat khas selepas selesai mengundi.
Aida ditemani pengantin lelaki, Raja Akmal menunjuk jari beliau yang dicelup dengan dakwat khas selepas selesai mengundi.
A
A
A

KLUANG – Kesibukan dengan majlis persandingan bukan penghalang pasangan pengantin baharu untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mengenakan busana songket berwarna merah, pasangan pengantin, Nurul Aida Mohd Kamal dan Raja Akmal Hakim Raja Abdul Rahim, masing-masing berusia 25 tahun, mencuri perhatian orang ramai ketika hadir ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Ayer Hitam.

Sebelum itu, pasangan mempelai berkenaan meninggalkan seketika majlis persandingan mereka di Dewan Serbaguna Felda Ayer Hitam pada jam 12.30 tengah hari untuk membuang undi di pusat mengundi yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi majlis.

Nurul Aida dan suaminya tidak menyangka tarikh perkahwinan yang dipilih secara kebetulan jatuh pada hari pengundian PRN Johor.
Nurul Aida dan suaminya tidak menyangka tarikh perkahwinan yang dipilih secara kebetulan jatuh pada hari pengundian PRN Johor.

Berkongsi pengalamannya, Nurul Aida berkata, dia dan suaminya tidak menyangka tarikh perkahwinan yang dipilih secara kebetulan jatuh pada hari pengundian PRN Johor.

"Perasaan sudah tentu teruja dan hari ini akan menjadi satu sejarah dalam hidup kami kerana hari mengundi dan hari perkahwinan jatuh pada hari yang sama.

"Jadi, saya juga sudah menyelesaikan tanggungjawab mengundi walaupun sibuk, tetapi saya tetap menunaikan tanggungjawab saya," katanya.

Dalam pada itu, Akmal pula berkata, dia akan mengundi sebaik selesai majlis persandingan di Dewan Serbaguna Felda Ayer Hitam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!