Polis tidak amal bogel tahanan dalam lokap - Saifuddin Nasution

Saifuddin Nasution berkata, undang-undang menetapkan empat jenis pemeriksaan tubuh yang dibenarkan mengikut situasi tertentu iaitu pemeriksaan tepuk turun, pemeriksaan tanggal, pemeriksaan intim, dan pemeriksaan intrusif.
Saifuddin Nasution berkata, undang-undang menetapkan empat jenis pemeriksaan tubuh yang dibenarkan mengikut situasi tertentu iaitu pemeriksaan tepuk turun, pemeriksaan tanggal, pemeriksaan intim, dan pemeriksaan intrusif.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis tidak mengamalkan dan membiarkan amalan membogelkan tahanan khususnya dalam lokap.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, merujuk Seksyen 20A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593), mana-mana agensi penguat kuasa yang melaksanakan tangkapan ke atas seseorang di bawah mana-mana undang-undang hendaklah mematuhi peruntukan akta berkenaan.

“Jadual Keempat Akta 593 turut memperuntukkan dengan jelas tatacara yang perlu dipatuhi semasa menjalankan tangkapan, termasuk prosedur pemeriksaan tubuh terhadap orang ditangkap,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai tindakan diambil berkenaan amalan membogelkan tahanan polis yang masih berterusan sehingga kini seperti didakwa dialami aktivis Tamim Dahri.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, undang-undang menetapkan empat jenis pemeriksaan tubuh yang dibenarkan mengikut situasi tertentu iaitu pemeriksaan tepuk turun, pemeriksaan tanggal, pemeriksaan intim, dan pemeriksaan intrusif.

Jeliau beliau, semua urusan pemeriksaan badan serta penukaran pakaian tahanan dilaksanakan secara beretika berlandaskan Kaedah-kaedah Lokap 1953 dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A118.

“Prosedur ini kritikal bagi mengesan dan menyekat cubaan menyeludup barangan terlarang berbahaya seperti senjata tajam, dadah, tali atau pemetik api demi melindungi nyawa tahanan daripada risiko kecederaan atau bunuh diri,” ujarnya.

Menurutnya, mekanisme pemeriksaan lokap kini dilaksanakan secara komprehensif bagi memastikan ketelusan di lapangan dan mengelakkan sebarang salah guna kuasa.

“Sebagai langkah pembuktian pematuhan tugas, kerajaan mempertingkatkan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan koridor, pintu masuk dan laluan utama lokap.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!