PN pilih realiti politik, bina kekuatan sebagai pembangkang Johor

Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

PENGAKUAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perikatan Nasional (PN) mungkin tidak mampu membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menunjukkan perubahan nada kempen gabungan itu menjelang hari pengundian, Sabtu ini.

Jika sebelum ini naratif politik lazimnya berkisar kepada usaha menawan negeri, PN kini lebih berhati-hati dengan meletakkan sasaran minimum iaitu membina kekuatan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam sistem demokrasi, kekuatan sesuatu gabungan parti bukan hanya diukur melalui kemampuan membentuk kerajaan, tetapi juga keupayaan memastikan pentadbiran sedia ada dipantau secara berkesan.

Penjelasan daripada Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PN sejak awal tidak meletakkan sasaran menawan Johor memberi gambaran bahawa gabungan itu membawa pendekatan lebih pragmatik.

Strategi ini juga menunjukkan PN cuba mengelak persepsi bahawa kegagalan membentuk kerajaan adalah satu kekalahan politik besar.

Dengan mengangkat agenda sebagai pembangkang progresif, PN berusaha membina imej sebagai gabungan yang masih mampu memberi tekanan politik, menyemak perbelanjaan kerajaan serta memperjuangkan isu rakyat.

Namun, kejayaan strategi itu banyak bergantung kepada jumlah kerusi yang berjaya dimenangi. Pembangkang yang kuat memerlukan angka yang signifikan dalam DUN.

Jika jumlah kerusi terlalu kecil, kemampuan untuk mempengaruhi perbahasan, menuntut penjelasan kerajaan dan membawa isu rakyat juga akan menjadi terhad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!