Sinar Terang: Apa sebenarnya isu tanah perkuburan Islam di Semenyih?

Chegubard mendakwa sebuah syarikat mengurus pengebumian bukan Islam mendapat hak bersama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) untuk perjanjian urus tapak perkuburan Wilayah Persekutuan. Gambar hiasan
Chegubard mendakwa sebuah syarikat mengurus pengebumian bukan Islam mendapat hak bersama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) untuk perjanjian urus tapak perkuburan Wilayah Persekutuan. Gambar hiasan
A
A
A

Dakwaan

Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mendakwa sebuah syarikat mengurus pengebumian bukan Islam mendapat hak bersama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) untuk perjanjian urus tapak perkuburan Wilayah Persekutuan.

Beliau turut mengaitkan tentang seorang pemimpin politik yang turut meraih keuntungan hasil daripada perjanjian tersebut dan turut menyebut nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh

Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim mendakwa projek tanah perkuburan berkenaan akan diswastakan kepada syarikat luar yang didakwa mengakibatkan peningkatan kos pengebumian.

Beliau turut mendakwa berlaku penukaran tanah atau 'land swap' untuk membolehkan syarikat bukan Islam yang mendapat projek itu bagi menguruskan tanah perkuburan tersebut.

Penjelasan

Pada tahun lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengumumkan tanah perkuburan Islam yang akan dibuka di Hulu Semenyih, Selangor mampu menampung keperluan jenazah umat Islam di Kuala Lumpur selama 28 tahun.

Pembukaan kawasan itu susulan penggunaan tanah perkuburan Islam sedia ada di Kuala Lumpur telah mencapai kadar lebih 70 peratus setakat ini.

Susulan daripada itu, pada Januari 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis memaklumkan tanah perkuburan Islam yang akan dibina di kawasan tersebut bakal diselenggara sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan kawasan perkuburan baharu itu melibatkan 10,000 lot.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, isu itu telah dipolitikkan oleh Chegubard dan Gulam Muszaffar menyebabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membuat penjelasan dan menegaskan ia akan diuruskan MAIWP dan bukan pihak swasta.

Hannah berkata, perkara itu juga sudah dibincangkan diperingkat Kabinet yang turut melibatkan menteri daripada UMNO.

Laporan Polis

Ekoran daripada itu satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Akhbar Hannah, Ahmad Fazli Mohd Yadi berhubung perkara itu yang didapati menyentuh tentang sensitiviti agama dan kaum.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!