Tujuh lori tangki air bantu pengguna Felda Bukit Sagu

ADUN Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah membantu mengagihkan bekalan air kepada penduduk terjejas
ADUN Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah membantu mengagihkan bekalan air kepada penduduk terjejas
A
A
A

KUANTAN – Pengurusan Air Pahang berhad (Paip) menghantar bekalan air menggunakan tujuh lori tangki bagi membantu kira-kira 1,000 pengguna di Felda Bukit Sagu yang terjejas akibat kejadian paip pecah, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporatnya, Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, kontraktor yang dilantik kini sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan dan dijangka siap hari ini.

"Bekalan air dijangka pulih dalam tempoh selama 24 jam secara berperingkat selepas kerja-kerja pembaikan tersebut selesai dilakukan," katanya dalam satu kenyataan hari.

Jelasnya, Paip memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan mengingatkan semua pengguna supaya menggunakan air secara berhemah.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan, boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 09-573 9999.

Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh 24 jam.
Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh 24 jam.

Artikel Berkaitan: