PRN Johor: Momentum sokongan pengundi Cina, India terhadap BN meningkat- Asyraf Wajdi

JOHOR BAHRU – Momentum sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Barisan Nasional (BN) terus menunjukkan peningkatan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkembangan itu berdasarkan jelajahnya di hampir dua pertiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor sepanjang tempoh berkempen.
"Saya tengok momentumnya kian meningkat dan yang paling menguja saya ialah dalam kalangan pengundi-pengundi bukan Melayu terutama pengundi Cina dan India.
"Mereka mengalu-alukan kehadiran calon dan pemimpin kita setiap kali kempen yang kita lakukan dengan fokus kita kali ini dengan kehadiran sukarelawan daripada pelbagai peringkat adalah untuk mereka turun ke setiap rumah-rumah itu lebih berkesan. Sebab itulah kalau tengok kita tak banyak ceramah-ceramah mega, ceramah umum," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM
Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan
'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'
PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?
PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin
PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin
Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selapas merasmikan Program Himpunan Usahawan Johor di Persada Johor International Convention Centre Johor di sini pada Rabu.
Beliau berkata, pendekatan kempen BN kali ini lebih tertumpu kepada gerak kerja dari rumah ke rumah berbanding penganjuran ceramah mega kerana kaedah itu disifatkan lebih berkesan mendekati pengundi.
Katanya, jentera parti telah berjaya memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) pada minggu pertama kempen dengan menyantuni hampir semua rumah di kawasan masing-masing, manakala minggu kedua memberi tumpuan kepada pengundi yang belum sempat ditemui.
"Fokus kita kali ini dengan kehadiran sukarelawan daripada pelbagai peringkat adalah untuk mereka turun ke setiap rumah-rumah itu lebih berkesan. Sebab itulah kalau tengok kita tak banyak ceramah-ceramah mega, ceramah umum.
"Alhamdulillah saya boleh katakan minggu pertama mereka telah selesai pergi ke hampir boleh katakan semua rumah. Minggu yang kedua ini adalah untuk mereka sulam sahaja yang mana yang ada yang anak-anak yang baru balik dan sebagainya itu yang paling mustahak sekali," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya akan memberi tumpuan kepada usaha memujuk pengundi atas pagar dan pengundi yang bukan penyokong parti itu pada minggu terakhir kempen bagi memastikan setiap undi dapat diraih menjelang hari pengundian.
"Kita nak pastikan jangan ada pun mana-mana batu yang tidak diterbalikkan. Maksudnya setiap pengundi tak kira mereka ini dianggap sebagai pengundi tegar lawan.
"Sebenarnya akhirnya hati mereka ini dipegang oleh ALLAH SWT yang penting kita kena usaha, kita kena pujuk dan kita kena apa tawarkan kepada mereka apa yang kita nak buat," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
