Manifesto PH boleh dipantau rakyat, bukan sekadar himpunan janji politik - Maszlee Malik

Maszlee (kanan) ketika Dialog PRN Johor yang berlangsung di Auditorium RTM Jabatan Penyiaran Negeri pada Selasa.
Maszlee (kanan) ketika Dialog PRN Johor yang berlangsung di Auditorium RTM Jabatan Penyiaran Negeri pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik menegaskan manifesto yang ditawarkan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disusun berdasarkan keperluan rakyat dan disertakan mekanisme pemantauan bagi memastikan setiap janji dapat dilaksanakan.

Menurutnya, manifesto PH bukan sekadar himpunan janji politik, sebaliknya mengandungi komitmen yang boleh diukur, dipantau dan dinilai oleh rakyat sepanjang tempoh pentadbiran.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'

DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM

'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

"Manifesto ini mempunyai sasaran yang jelas dan boleh dipantau rakyat.

"Kita bercadang mewujudkan 'dashboard' supaya rakyat dapat melihat sendiri perkembangan setiap janji yang dibuat, bukannya hanya menunggu sehingga tamat penggal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan penonton ketika Dialog PRN Johor yang berlangsung di Auditorium RTM Jabatan Penyiaran Negeri di sini pada malam Selasa.

Maszlee berkata, pendekatan itu pernah dilaksanakan ketika beliau menerajui Kementerian Pendidikan menerusi sistem pemantauan pembinaan sekolah daif yang boleh diakses orang ramai.

Jelasnya, peruntukan Persekutuan kepada Johor meningkat daripada RM10.2 bilion kepada RM14.6 bilion di bawah pentadbiran Perdana Menteri, sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan pusat terhadap pembangunan negeri.

Mengulas manifesto PH Johor, Pakatan Harapan (PH) yakin sasaran membina 80,000 rumah mampu milik di Johor dalam tempoh lima tahun mampu direalisasikan menerusi kerjasama strategik awam-swasta (PPP/PFI), selain mendapat sokongan agensi kerajaan Persekutuan.

"Kenaikan harga rumah akibat permintaan tinggi menyebabkan ramai pasangan muda dan pembeli rumah pertama semakin sukar memiliki kediaman sendiri.

"Sebab itu kita menawarkan bantuan deposit rumah pertama sehingga RM8,000, skim sewa untuk milik serta pembinaan 80,000 rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun," katanya.

PH pada Jumaat melancarkan Manifesto Harapan Johor bertemakan “Johor Untuk Semua” yang menawarkan 10 tekad dengan memberi fokus kepada peningkatan pendapatan rakyat, akses kepada perumahan, pembangunan modal insan dan usaha memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai secara lebih menyeluruh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!