UMNO-BN dijangka kekal bentuk kerajaan di Johor - Azalina

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO-Barisan Nasional (BN) dijangka mampu mengekalkan pentadbiran di Johor selepas pilihan raya (PRN)negeri nanti.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keyakinan itu bersandarkan sokongan positif yang diberikan pengundi di negeri berkenaan.

“BN masih boleh membentuk kerajaan di Johor selepas pilihan raya nanti. Cuma berapa jumlah kerusi kita tidak tahu berapa.

“Di kerusi Melayu UMNO-BN tidak ada masalah memandangkan Pas juga tidak bertanding, cuma di kawasan bukan Melayu agak susah sikit, ditambah kalau pengundi-pengundi muda balik,” katanya ketika temu bual khas bersama media di Pusat Timbang Tara Antabangsa Asia (AIAC) di sini pada Isnin.

Sabtu ini bakal menjadi penentu kepada semua parti bertanding apabila seramai 2,717,495 pengundi yang layak akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

href="https://www.sinarharian.com.my/article/786379/berita/politik/video-kalah-atau-menang-prn-johor-saya-tetap-perdana-menteri">'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'

 

DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM

Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

Artikel Berkaitan:

'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

Sementara itu, ditanya mengenai tindakan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang menyatakan sokongan terbuka kepada Pakatan Harapan (PH) boleh menjejaskan sokongan kepada partinya, Azalina menolak perkara tersebut.

Ini kerana katanya, orang parti mengenali bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu.

“Saya percaya setiap orang ada hak nak sokong parti mana.

“Hak demokrasi. Kesimpulannya saya tak rasa, siapa beliau itu akan menggugat kerja kempen BN di Johor,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!