Hampir 1,000 penduduk, jentera PH sambut ketibaan Anwar di Simpang Renggam

Anwar tiba di Simpang Renggam disambut meriah penduduk dan penyokong.
Anwar tiba di Simpang Renggam disambut meriah penduduk dan penyokong.
A
A
A

KLUANG – Hampir 1,000 penduduk dan jentera Pakatan Harapan (PH) menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Warung Pak Din, Kampung Sahri, Simpang Renggam di sini pada Ahad.

Anwar yang juga Pengerusi PH tiba kira-kira jam 8.40 pagi dan disambut dengan laungan "Reformasi" daripada penyokong yang hadir.

Beliau meluangkan kira-kira 20 minit bersarapan bersama penduduk sebelum mengambil kesempatan beramah mesra dan memenuhi permintaan orang ramai untuk berswafoto.

Anwar bersarapan bersama penduduk dan jentera Pakatan Harapan di Warung Pak Din, Kampung Sahri, Simpang Renggam.
Anwar bersarapan bersama penduduk dan jentera Pakatan Harapan di Warung Pak Din, Kampung Sahri, Simpang Renggam.

Turut mengiringi beliau ialah calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Nor Hafiz Roslan dan calon DUN Layang-Layang, Guna Balakrishnan.

Nor Hafiz dijadual berdepan saingan dua penjuru menentang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada Barisan Nasional (BN), manakala Guna Balakrishnan bertanding dalam pertandingan tiga penjuru menentang Chua Jian Boon (BN-MCA) dan Abd Mutalip Abd Rahim (PN-Bersatu).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!