Dua lelaki lepaskan tembakan dirempuh pacuan empat roda

Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang lelaki disyaki suspek yang cedera selepas dilanggar sebuah kenderaan di Taman Seri Kapar, Klang pada Isnin.
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang lelaki disyaki suspek yang cedera selepas dilanggar sebuah kenderaan di Taman Seri Kapar, Klang pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua lelaki yang dipercayai melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori dirempuh sebuah pacuan empat roda di Taman Seri Kapar, Klang pada Khamis.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kenderaan pacuan empat roda yang melihat kejadian bertindak merempuh motosikal dinaiki suspek sehingga menyebabkan kedua-dua lelaki berkenaan mengalami kecederaan.

"Tahap kecederaan kedua-dua suspek sama ada parah atau tidak masih belum dapat dipastikan kerana pasukan forensik masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang lelaki disyaki suspek yang cedera selepas dilanggar sebuah kenderaan di Taman Seri Kapar, Klang pada Isnin.
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang lelaki disyaki suspek yang cedera selepas dilanggar sebuah kenderaan di Taman Seri Kapar, Klang pada Isnin.

"Identiti serta anggaran umur kedua-dua suspek juga sedang dalam semakan pihaknya di lapangan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Khamis.

Tambahnya, polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat bagi memperincikan kronologi kes.

Katanya lagi, polis juga akan memaklumkan perkembangan lanjut siasatan kes berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, tular video berdurasi 13 saat memaparkan keadaan seorang lelaki terlentang di atas jalan raya dengan dikaitkan dengan kes tembakan.

Ringkasan AI

  • Dua lelaki yang melepaskan tembakan ke arah pemandu lori dirempuh kenderaan di Taman Seri Kapar, Klang
  • Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi
  • Kenderaan pacuan empat roda rempuh motosikal suspek, menyebabkan kedua-dua suspek cedera
  • Tahap kecederaan suspek belum dapat dipastikan, identiti dan umur masih disiasat
  • Polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi dan memaklumkan perkembangan siasatan kes

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!