Ribuan hadir istiadat pemakaman Khamenei

Orang ramai menghadiri upacara penghormatan terakhir Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei di Grand Mosalla, Teheran. - FOTO: AFP
Orang ramai menghadiri upacara penghormatan terakhir Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei di Grand Mosalla, Teheran. - FOTO: AFP
A
A
A

TEHERAN – Ribuan hadir ke upacara pengebumian Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei secara rasmi bermula pada Sabtu di sini, lapor media Iran.

Menurutnya, pihak berkuasa menjangkakan antara 15 hingga 20 juta orang akan menyertai upacara penghormatan di Teheran dalam tempoh tiga hari akan datang bagi memperingati tokoh yang mentadbir negara itu selama lebih tiga dekad.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohamad Sabu wakili Malaysia ke upacara pengebumian jenazah Ali Khamenei

Secara keseluruhan, enam hari istiadat pengebumian dirancang bagi mengenang Khamenei yang memimpin Iran sejak 1989 hingga kematiannya pada usia 86 tahun, pada hari pertama perang Iran–Amerika Syarikat–Israel pada 28 Februari lalu.

Perhatian turut tertumpu kepada pewarisnya, Mojtaba Khamenei yang dilantik sebagai pemimpin tertinggi seminggu selepas kematian bapanya, namun masih belum muncul di khalayak umum.

Di sekitar kompleks keagamaan Grand Mosalla di Teheran, ribuan orang berkumpul sambil membawa sepanduk merah yang melambangkan 'pembalasan', sementara laungan 'mati Amerika' dan 'balas dendam' bergema di kawasan berkenaan.

“Kami datang kerana berjanji akan berdiri bersama pemimpin tertinggi hingga ke akhir,” kata seorang pensyarah universiti, Reza, 37, kepada AFP.

Menurut atur cara, keranda Khamenei akan ditempatkan sehingga Isnin sebelum diarak di Teheran, seterusnya dibawa ke Qom pada Selasa, sebelum melalui beberapa bandar suci Syiah di Iraq pada Rabu dan akhirnya dikebumikan di Mashhad pada Khamis.-AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!