Kerjasama Weststar-RTI perkukuh keupayaan pertahanan negara

SHAH ALAM - Kerjasama strategik antara Weststar Defence Industries Sdn Bhd dan syarikat aeroangkasa serta teknologi pertahanan Australia, Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI) mampu memperkukuh keupayaan industri pertahanan negara, khususnya dalam bidang teknologi roket dan misil.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, RTI mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang teknologi berkenaan. Menurutnya, kerjasama bersama Weststar akan membuka ruang kepada pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan modal insan serta kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi.
“Kerajaan menyambut baik dan menyokong sepenuhnya kerjasama strategik tersebut sejajar dengan usaha negara untuk membangunkan keupayaan tempatan dalam pembangunan dan pengeluaran roket serta misil.
“Kerjasama ini bukan sekadar melibatkan aspek pengeluaran tetapi merangkumi pembinaan kemudahan pengeluaran di Malaysia yang dijangka memulakan pengeluaran roket dalam tempoh dua tahun sebelum berkembang kepada pengeluaran misil pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Mohamed Khaled menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik antara Weststar Defence Industries Sdn Bhd dengan RTI di Pusat Konvensyen Nasional Canberra pada Rabu sempena lawatan kerja rasminya selama tiga hari ke Australia.
Perjanjian kerjasama tersebut dimeterai antara Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Weststar Group, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dengan Pengasas RTI, Allan James Payne.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, pelaburan yang dilaksanakan oleh Weststar turut membolehkan Malaysia menyertai rantaian pembekalan global RTI sekali gus membuka peluang kepada industri tempatan untuk berkembang dalam ekosistem pertahanan antarabangsa.
Ujarnya, usaha tersebut selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkukuh keupayaan industri pertahanan tempatan serta menyumbang kepada pembinaan keupayaan pertahanan negara yang berdaulat (sovereign defence capability).
“Paling penting, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Australia atas sokongan dan persetujuan yang diberikan terhadap kerjasama serta pemindahan teknologi antara RTI dan Weststar.
“Pelaburan ini bukan sahaja akan memberikan pulangan yang signifikan kepada industri pertahanan negara, malah merupakan pelaburan strategik ke arah memperkukuh keupayaan pertahanan negara yang berdaulat demi generasi akan datang,” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan berlainan, lawatan kerja delegasi Malaysia diteruskan dengan kunjungan ke Parliament House, Canberra yang disambut oleh Speaker of the House of Representatives, The Hon. Milton Dick MP.
Pertemuan itu mencerminkan komitmen teguh Malaysia dan Australia untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan serta memperluas kerjasama strategik yang telah sekian lama terjalin demi manfaat kedua-dua negara.
Turut bersama dalam lawatan berkenaan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia, Datin Paduka Sharrina Abdullah.
Dalam lawatan kerja itu, Mohamed Khaled mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles.
Pertemuan tersebut menyusuli perbincangan kali terakhir antara kedua-dua pemimpin semasa Shangri-La Dialogue di mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan pertahanan.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkasa kerjasama pertahanan Malaysia–Australia, termasuk meneroka peluang kerjasama strategik yang mampu memberikan manfaat kepada kedua-dua negara.
Mohamed Khaled meneruskan lawatan kerja hari ketiga di Australia dengan mengadakan kunjungan ke Institute for Space, Defence and Advanced Technologies (ISDAT), University of Southern Queensland (USQ), serta mengadakan pertemuan dengan Vice-Chancellor and President USQ, Professor Paul Mazerolle.
Beliau turut menerima taklimat dan meninjau kemudahan di makmal Advanced Composite Manufacturing serta makmal Hypersonic yang dibangunkan menerusi kerjasama erat antara institusi akademik dan Singapura pada Mei lalu, sekali gus industri pertahanan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
