85 rakyat Malaysia di New Zealand pulang ke tanah air

airport
airport
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 85 rakyat Malaysia yang terkandas di New Zealand disebabkan pembatalan penerbangan dan sekatan perjalanan susulan wabak Covid-19, selamat pulang ke tanah air.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand berkata, mereka menaiki pesawat Malaysia Airlines dari Auckland ke Kuala Lumpur pada 5 dan 6 April.

“Kumpulan lain dijadual meninggalkan New Zealand pada 13, 20 dan 27 April. Sebahagian lagi mahu terus berada di sini sehingga keadaan bertambah baik," memetik kenyataan suruhanjaya itu kepada Bernama.

Suruhanjaya Tinggi, dengan kerjasama Persatuan Perniagaan New Zealand-Malaysia, menyediakan pelbagai bantuan, termasuk penginapan serta mengatur tiket penerbangan balik dan senantiasa memaklumkan mengenai perkembangan terkini semasa tempoh 'lockdown'.

Sehingga 10 April, terdapat 184 rakyat Malaysia terkandas di New Zealand dan seorang pelancong di Kepulauan Cook, sebuah negara di Pasifik Selatan.- Bernama

Artikel Berkaitan: