X

Kindly register in order to view this article
!

Kedai jual aksesori rokok elektronik disita ingkar PKP

Sebuah premis menjual peralatan dan aksesori rokok elektronik di Rantau Panjang, Klang diarah tutup serta-merta dan disita selepas dikesan beroperasi tanpa lesen dan ingkar PKP.
A
A

KLANG - Sebuah premis menjual peralatan dan aksesori rokok elektronik di Rantau Panjang di sini antara 25 buah premis yang diarahkan tutup serta-merta dan disita selepas didapati beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, polis melakukan pemeriksaan ke atas 34 premis dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam tempoh dua hari sejak semalam.

"Premis terbabit bukan sahaja ingkar PKP, malah didapati beroperasi tanpa mempunyai lesen perniagaan yang sah.

"Tindakan pemeriksaan di kawasan terbabit dilakukan kerana bilangan individu yang dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, seramai 83 individu dikenakan tindakan kompaun RM1,000 dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat lalu.

"Selain itu, polis turut mengeluarkan 82 saman trafik membabitkan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen, topi keledar, cermin sisi serta kemalangan.

"Bagi peniaga peniaga kedai runcit pula haruslah mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berada di rumah masing-masing sepanjang tempoh yang PKP.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!