10 negara paling terjejas perubahan iklim

Kedudukan geografi Bangladesh menyebabkan negara itu kerap dilanda banjir besar. - FOTO:TNH
Kedudukan geografi Bangladesh menyebabkan negara itu kerap dilanda banjir besar. - FOTO:TNH
A
A
A

1. Bangladesh

Bangladesh merupakan antara negara yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim kerana sebahagian besar kawasannya terletak di delta yang rendah. Kedudukan geografinya menyebabkan negara itu kerap dilanda banjir besar, taufan tropika dan hakisan pantai sehingga menjejaskan sektor pertanian, bekalan air bersih dan keselamatan makanan negara.

Chad berdepan cabaran besar akibat kemarau berpanjangan dan penyusutan sumber air. - FOTO:PETERCATON
Chad berdepan cabaran besar akibat kemarau berpanjangan dan penyusutan sumber air. - FOTO:PETERCATON

2. Chad

Chad berdepan cabaran besar akibat kemarau berpanjangan dan penyusutan sumber air, khususnya Tasik Chad yang mengecil secara drastik sejak beberapa dekad lalu. Keadaan ini menjejaskan aktiviti pertanian dan penternakan yang menjadi sumber pendapatan utama rakyat, sekali gus meningkatkan kadar kemiskinan, kebuluran dan perpindahan penduduk.

Somalia berulang kali dilanda kemarau ekstrem sehingga menjejaskan kehidupan pendudukanya. - FOTO: SKYNEWSARABIA
Somalia berulang kali dilanda kemarau ekstrem sehingga menjejaskan kehidupan pendudukanya. - FOTO: SKYNEWSARABIA

3. Somalia

Artikel Berkaitan:

Somalia menjadi antara negara paling teruk terjejas akibat perubahan iklim apabila berulang kali dilanda kemarau ekstrem yang menyebabkan kegagalan tanaman, kematian ternakan dan krisis makanan. Gabungan perubahan iklim dengan konflik berpanjangan menjadikan jutaan penduduk bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kehidupan.

Niger mengalami peningkatan suhu yang lebih pantas berbanding purata global. - FOTO: AGENSI
Niger mengalami peningkatan suhu yang lebih pantas berbanding purata global. - FOTO: AGENSI

4. Niger

Sebagai negara yang terletak di rantau Sahel di Afrika Barat, Niger mengalami peningkatan suhu yang lebih pantas berbanding purata global. Gelombang haba, musim kemarau yang semakin panjang serta kekurangan hujan menyebabkan hasil pertanian terus merosot. Keadaan ini memberi kesan langsung kepada bekalan makanan dan sumber air penduduk.

Sudan mengalami kemarau panjang dan banjir secara silih berganti sehingga menjejaskan keselamatan makanan. - FOTO:AGENSI
Sudan mengalami kemarau panjang dan banjir secara silih berganti sehingga menjejaskan keselamatan makanan. - FOTO:AGENSI

5. Sudan

Perubahan iklim memburukkan lagi keadaan di Sudan yang turut berdepan konflik dalaman. Negara itu mengalami kemarau panjang dan banjir secara silih berganti sehingga menjejaskan sektor pertanian, bekalan air dan keselamatan makanan. Persaingan mendapatkan sumber semula jadi juga meningkatkan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

Bencana alam memberi kesan besar terhadap ekonomi dan kehidupan penduduk Haiti. - FOTO: DESERET
Bencana alam memberi kesan besar terhadap ekonomi dan kehidupan penduduk Haiti. - FOTO: DESERET

6. Haiti

Haiti merupakan antara negara Caribbean yang paling mudah terdedah kepada ribut tropika, taufan, banjir dan tanah runtuh. Keadaan geografi, kadar penebangan hutan yang tinggi serta pembangunan infrastruktur yang terhad menyebabkan setiap bencana alam memberi kesan besar terhadap ekonomi dan kehidupan penduduk.

Mozambique sering dilanda siklon tropika yang kuat, termasuk beberapa bencana besar dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. - FOTO: GBCONLINE
Mozambique sering dilanda siklon tropika yang kuat, termasuk beberapa bencana besar dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. - FOTO: GBCONLINE

7. Mozambique

Mozambique sering dilanda siklon tropika yang kuat, termasuk beberapa bencana besar dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Banjir, angin kencang dan kenaikan paras laut menyebabkan kerosakan besar terhadap kediaman, kemudahan awam serta sektor pertanian yang menjadi sumber utama ekonomi negara.

Perubahan corak hujan di Madagascar menyebabkan pengeluaran makanan merosot sehingga meningkatkan kadar kebuluran. - FOTO: FTR
Perubahan corak hujan di Madagascar menyebabkan pengeluaran makanan merosot sehingga meningkatkan kadar kebuluran. - FOTO: FTR

8. Madagascar

Madagascar berdepan kemarau berpanjangan yang luar biasa, khususnya di bahagian selatan negara itu. Perubahan corak hujan menyebabkan pengeluaran makanan merosot dan meningkatkan kadar kebuluran. Negara pulau itu turut terdedah kepada siklon tropika yang semakin kerap dan kuat.

Pakistan semakin terkesan akibat cuaca ekstrem yang berlaku iaitu banjir besar dan gelombang haba. - FOTO: CONCERNUSA
Pakistan semakin terkesan akibat cuaca ekstrem yang berlaku iaitu banjir besar dan gelombang haba. - FOTO: CONCERNUSA

9. Pakistan

Pakistan semakin terkesan akibat cuaca ekstrem yang berlaku secara bertentangan, iaitu banjir besar ketika musim monsun dan gelombang haba yang melampau pada musim panas. Selain itu, pencairan glasier di banjaran Himalaya meningkatkan risiko banjir besar yang menjejaskan jutaan penduduk serta mengakibatkan kerugian ekonomi yang tinggi.

Filipina berada di laluan utama taufan di Lautan Pasifik sehingga menyebabkan negara itu menerima sekitar 20 ribut tropika pada setiap tahun.- FOTO:THE GUARDIAN
Filipina berada di laluan utama taufan di Lautan Pasifik sehingga menyebabkan negara itu menerima sekitar 20 ribut tropika pada setiap tahun.- FOTO:THE GUARDIAN

10. Filipina

Filipina berada di laluan utama taufan di Lautan Pasifik, menyebabkan negara itu menerima sekitar 20 ribut tropika pada setiap tahun. Perubahan iklim meningkatkan intensiti taufan, sekali gus mengakibatkan banjir, tanah runtuh dan kerosakan besar terhadap infrastruktur, ekonomi serta kehidupan penduduk, terutama di kawasan pesisir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!