Tragedi bot terbalik: Mayat pemancing ditemui hari ketiga

Anggota bomba melaksanakan SAR sejak Khamis lalu. Foto JBPM Selangor
Anggota bomba melaksanakan SAR sejak Khamis lalu. Foto JBPM Selangor
A
A
A

KUALA SELANGOR - Lelaki warga emas yang dilapor hilang sejak tiga hari lalu selepas bot dinaiki terbalik semasa perjalanan pulang memancing ke jeti di Kampung Kuantan di sini ditemui meninggal dunia pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, mayat mangsa telah dijumpai dengan bantuan orang awam pada jam 8.30 pagi di sekitar kawasan bot karam.

Menurutnya, mayat mangsa berusia 73 tahun telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Dalam kejadian pada Khamis lalu, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 6.47 petang.

"Mangsa yang terlibat ialah dua lelaki tempatan berusia 73 dan 49 tahun.

"Dalam kejadian itu, lelaki berusia 49 tahun yang dipercayai anak angkat mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala warga emas terbabit dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mayat mangsa dijumpai dengan bantuan orang awam di sekitar kawasan bot karam. Foto JBPM Selangor
Mayat mangsa dijumpai dengan bantuan orang awam di sekitar kawasan bot karam. Foto JBPM Selangor

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) selain bantuan pihak polis.

Artikel Berkaitan:

Katanya, operasi pencarian kemudian telah diperluaskan dengan radius satu hingga tiga kilometer.

"Memasuki hari ketiga (Jumaat), mayat mangsa dijumpai kira-kira 500 meter dari bot terbalik. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!