Nelayan maut bot terbalik dipukul ombak

Siasatan awal mendapati keenam-enam nelayan terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke Tanjung Dawai dari kawasan perairan Batu Maung, Pulau Pinang selepas selesai menjalankan aktiviti memukat ikan.
Siasatan awal mendapati keenam-enam nelayan terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke Tanjung Dawai dari kawasan perairan Batu Maung, Pulau Pinang selepas selesai menjalankan aktiviti memukat ikan.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Seorang nelayan muda maut manakala lima rakannya berjaya diselamatkan selepas bot yang mereka naiki terbalik akibat dipukul ombak dalam kejadian berdekatan Pulau Sayak di sini pada Isnin.

Mangsa, Muhammad Amin Izham, 27, dari Kampung Masjid, Tanjung Dawai dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan diri sejurus bot yang dinaiki bersama lima rakan lain terbalik.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 12.10 tengah hari.

Siasatan awal mendapati, keenam-enam nelayan terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke Tanjung Dawai dari kawasan perairan Batu Maung, Pulau Pinang selepas selesai menjalankan aktiviti memukat ikan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk prosedur seterusnya dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk prosedur seterusnya dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Difahamkan, mangsa dan rakan-rakannya yang terjatuh telah diselamatkan bot nelayan lain yang melalui kawasan tersebut namun didapati sudah meninggal dunia selepas dinaikkan ke atas bot nelayan berkenaan.

Allahyarham Muhammad Amin merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk prosedur seterusnya dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!