KPKT serius bendung Covid-19

Dr Ismail turut melakukan sanitasi awam sempena operasi tersebut di premis sekitar bandar Maran hari ini.
Dr Ismail turut melakukan sanitasi awam sempena operasi tersebut di premis sekitar bandar Maran hari ini.
A
A
A

MARAN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi perhatian serius dalam membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) melalui operasi sanitasi awam di zon merah dan juga zon-zon lain yang dikategorikan jingga dan kuning.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, walaupun penularan Covid-19 dianggap kecil di negara ini berbanding negara-negara lain, namun tumpuan terus diberikan termasuk di kawasan berisiko untuk memastikan negara bebas sepenuhnya daripada Covid-19.

"Saya berharap operasi ini sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan dan semua pihak untuk menangani virus ini," katanya kepada pemberita sempena operasi sanitasi awam di bandar Maran hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Maran, Sharuddin Jali yang juga Pegawai Daerah Maran; Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Zahar Abdullah dan Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman.

Setakat ini katanya, sebanyak 1,291 operasi sanitasi awam membabitkan 86 zon di seluruh negara hingga semalam iaitu 24 zon merah, 16 zon jingga dan 46 zon kuning.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 166 operasi sanitasi koronavirus (Covid-19) dijalankan semalam membabitkan 60 zon di seluruh negara merangkumi lebih 800 bangunan kerajaan, 595 tempat awam, 58 pusat perniagaan, 107 pasar raya dan 37 Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Dalam pada itu, Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran memberitahu, operasi sanitasi awam di bandar Maran turut dilaksanakan hari ini berikutan enam kes positif dilaporkan di daerah tersebut.

Pelaksanaan operasi tersebut bermula di deretan kedai bandar, pasar raya Tunas Manja, pejabat pos, Kompleks Belia Daerah Maran dan Pasar Besar Maran.

Artikel Berkaitan:

"Dalam enam kes dicatatkan, lima daripadanya telah pulih. Kita berdoa semoga tiada kes baharu dicatatkan," katanya