14 perkara MoU Iran–AS

Iran dan AS berikrar menghormati kedaulatan serta integriti wilayah masing-masing. Foto hiasan
Iran dan AS berikrar menghormati kedaulatan serta integriti wilayah masing-masing. Foto hiasan
A
A
A

BUTIRAN 14 perkara MoU Iran-AS yang memberi kelebihan besar kepada Teheran akhirnya diterbitkan.

1. Gencatan senjata kekal

Iran dan AS bersetuju menghentikan serta-merta dan secara kekal semua operasi ketenteraan di semua medan konflik termasuk Lubnan. Kedua-dua pihak berjanji tidak akan memulakan perang atau operasi ketenteraan antara satu sama lain pada masa hadapan. Mereka turut menjamin kedaulatan dan integriti Beirut.

2. Menghormati kedaulatan

Iran dan AS berikrar menghormati kedaulatan serta integriti wilayah masing-masing. Kedua-dua negara tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman pihak lain.

3. Rundingan perjanjian muktamad

Kedua-dua pihak akan berunding untuk mencapai perjanjian muktamad dalam tempoh maksimum 60 hari yang boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama.

4. Penamatan sekatan laut

AS akan mula menarik balik sekatan laut dan sebarang gangguan terhadap Iran sebaik sahaja MoU ditandatangani. Ia akan ditamatkan sepenuhnya dalam tempoh 30 hari. Washington juga akan memanggil pulang tenteranya dari kawasan sekitar Teheran dalam tempoh 30 hari selepas perjanjian muktamad dimeterai.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Trump dakwa perjanjian Iran hampir dimuktamad, termasuk pembukaan semula Selat Hormuz

Trump dakwa perjanjian Iran hampir dimuktamad, termasuk pembukaan semula Selat Hormuz

5. Keselamatan perkapalan

Iran akan memudahkan laluan selamat kapal dagang secara percuma selama 60 hari antara Teluk Parsi dan Laut Oman. Iran akan berunding dengan Muscat mengenai pengurusan masa depan serta perkhidmatan maritim di Selat Hormuz.

6. Dana pembangunan semula Iran

AS bersama rakan serantau akan mewujudkan program pembangunan dan pembinaan semula Iran berjumlah kira-kira AS$300 bilion (RM1.22 trilion). Mekanisme pelaksanaannya akan diputuskan dalam perjanjian muktamad.

7. Penamatan sekatan

AS komited menamatkan semua bentuk sekatan terhadap Iran termasuk sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan sekatan unilateral AS.

8. Isu nuklear

Iran menegaskan tidak akan menghasilkan atau memperoleh senjata nuklear. Kedua-dua pihak akan mencari mekanisme bersama untuk mengurus bahan uranium yang telah diperkaya di bawah pengawasan IAEA.

9. Mengekalkan status quo

Iran akan mengekalkan keadaan semasa program nuklearnya. AS pula tidak akan mengenakan sekatan baharu atau menambah kehadiran tenteranya di rantau tersebut sehingga perjanjian muktamad dicapai.

10. Kelonggaran eksport minyak

AS akan mengeluarkan pengecualian khas bagi membolehkan eksport minyak mentah, produk petrokimia dan perkhidmatan berkaitan Iran diteruskan.

11. Pelepasan aset beku

AS akan membebaskan semua dana dan aset Iran yang dibekukan atau disekat.

12. Mekanisme pemantauan

Iran dan AS akan menubuhkan mekanisme bagi memantau pelaksanaan MoU dan pematuhan terhadap perjanjian muktamad.

13. Rundingan susulan

Selepas pelaksanaan beberapa klausa utama bermula, kedua-dua pihak akan memulakan rundingan mengenai baki isu-isu yang belum dimuktamadkan.

14. Pengesahan PBB

Perjanjian muktamad akan disahkan menerusi resolusi mengikat oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!