Kiswah baharu Kaabah dipasang

Beberapa petugas menjalankan kerja-kerja pemasangan kain Kiswah baharu pada Kaabah. - FOTO: Agensi
Beberapa petugas menjalankan kerja-kerja pemasangan kain Kiswah baharu pada Kaabah. - FOTO: Agensi
A
A
A

MAKKAH - Kain Kiswah baharu Kaabah telah dipasang sempena hari pertama Muharam 1448H dalam satu upacara tahunan yang penuh ketelitian dan simbolik.

Proses penggantian Kiswah itu melibatkan kira-kira 150 tukang mahir Arab Saudi yang menghasilkan kain penutup berkenaan selama hampir setahun di Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kiswah Kaabah.

Menurut laporan Saudi Gazette, Kiswah baharu tersebut dihasilkan melalui beberapa fasa ketat termasuk pencucian sutera, tenunan, cetakan, sulaman, pemasangan dan pemeriksaan sebelum dipindahkan ke Masjidil Haram.

Kiswah Kaabah yang baharu itu diperbuat daripada kira-kira 825 kilogram sutera asli, selain menggunakan bahan seperti kapas, perak tulen dan logam bersalut emas untuk sulaman ayat suci al-Quran.

Keseluruhan kain penutup itu turut menampilkan 47 gulungan sutera hitam dengan hiasan 30 ayat al-Quran yang disulam menggunakan benang perak dan emas 24 karat. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!