Yakult sumbang minuman probiotik dalam tempoh PKP

Kakitangan HKL menerima minuman probiotik Yakult Ace dan Yakult Ace Light.
Kakitangan HKL menerima minuman probiotik Yakult Ace dan Yakult Ace Light.
A
A
A

SIMPANG RENGGAM - Yakult menyumbangkan minuman probiotiknya kepada keluarga dan petugas barisan hadapan di Simpang Renggam yang kini berada di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada berkata, pihaknya mahu menekankan kepentingan probiotik semasa penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, minuman probiotik diagihkan 26 Mac hingga 9 April lalu dan baru-baru ini 6,830 botol Yakult telah disumbangkan kepada 683 keluarga di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang dengan bantuan Pegawai Pembangunan Masyarakatnya, Thanaselan Punichelvana.

Katanya, sebelum itu, sekurang-kurangnya 2,700 botol Yakult disumbangkan kepada barisan hadapan Batalion 5, Pasukan Operasi Am, Simpang Renggam di bawah Briged Tengah selain 1,000 botol minuman probiotik itu diberikan setiap minggu kepada barisan hadapan petugas perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sepanjang tempoh PKP.

Yakult turut disumbangkan kepada barisan hadapan Batalion 5, Pasukan Operasi Am, Simpang Renggam di bawah Briged Tengah.
Yakult turut disumbangkan kepada barisan hadapan Batalion 5, Pasukan Operasi Am, Simpang Renggam di bawah Briged Tengah.

“Kami ingin memberikan sokongan dan bantuan kepada keluarga yang terjejas dan barisan hadapan yang bekerja keras sepanjang PKP ini.

"Kami berharap minuman probiotik ini dapat membantu menyokong sistem imun untuk barisan hadapan dan keluarga yang terjejas serta mengurangkan risiko jangkitan mereka.

"Kami telah melakukan inisiatif sama dengan menyediakan minuman Yakult secara percuma kepada para pegawai perubatan barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, serta Pusat Pengurusan Krisis di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Briged Tengah Pasukan Gerakan Am di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, sebagai perintis probiotik dunia, Yakult bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan kesihatan sistem pencernaan yang baik dan imunisasi yang kuat, kepentingan mikrobiota usus yang sihat dan seimbang serta peranan faktor pemakanan terutamanya probiotik.

"Ketika kita sedang menghadapi penularan penyakit berjangkit seperti Covid-19 dan influenza, kita perlu menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjaga sistem imun mereka dan salah satu caranya adalah dengan mengamalkan pengambilan Yakult secara berterusan.

"Kami menjangkakan lebih banyak kajian akan dijalankan yang dapat menyingkap lebih banyak maklumat mengenai manfaat kesihatan probiotik dan kesan positifnya terhadap microbiota usus, sistem imun dan kesihatan secara keseluruhannya pada masa yang akan datang," katanya.

Produk Yakult diserahkan kepada Thanaselan untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Dato’ Ibrahim Majid baru-baru ini.
Produk Yakult diserahkan kepada Thanaselan untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Dato’ Ibrahim Majid baru-baru ini.

Minuman susu kultur Yakult dinikmati secara harian oleh 40 juta orang di 40 negara seluruh dunia kerana kebaikan bakteria probiotiknya bernama strain Shirota, yang terbukti secara saintifik dapat melancarkan pergerakan usus, meningkatkan imuniti dan melindungi daripada jangkitan.

Minuman Yakult dibuat sepenuhnya di Malaysia, di sebuah kilang berteknologi canggih di Seremban, Negeri Sembilan dan disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).