Turki dakwa Gulen bunuh Duta Rusia

Karlov (kiri) ditembak mati ketika sedang berucap di majlis perasmian di sebuah galeri seni di Ankara pada Disember 2016.
Karlov (kiri) ditembak mati ketika sedang berucap di majlis perasmian di sebuah galeri seni di Ankara pada Disember 2016.
A
A
A
ANKARA - TURKI. Turki telah mendakwa 28 individu termasuk ulama berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen kerana dipercayai terlibat dalam pembunuhan Duta Rusia ke Ankara pada 2016.

Andrei Karlov dibunuh ketika acara perasmian pameran di sebuah galeri seni di Ankara yang mana penyerangnya, anggota polis tidak bertugas, Mevlut Mert Altintas kemudiannya ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan pihak berkuasa di lokasi kejadian pada 19 Disember 2016.

Semalam, agensi berita Anadolu melaporkan, kesemua suspek didakwa melanggar perintah Perlembagaan, menjadi ahli pertubuhan pengganas, merancang pembunuhan dengan niat dan mencetuskan keganasan atau panik.

Insiden pembunuhan itu turut dikecam pemimpin Turki dan Rusia yang dilihat sebagai cubaan untuk mengeruhkan hubungan Ankara-Moscow.

Presiden Recep Tayyip Erdogan mendakwa Gulen sebagai dalang di sebalik pembunuhan itu, namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau.
Artikel Berkaitan:


April lalu, pihak berkuasa kehakiman di Ankara mengarahkan penahanan bekas sekutu Erdogan itu bersama tujuh individu lain untuk membantu siasatan pembunuhan Karlov.

Hubungan antara Turki dan Rusia semakin pulih pada pertengahan 2016 selepas hubungan bilateral antara kedua negara agak tegang berikutan insiden Ankara menembak jatuh pesawat Moscow di sempadan Syria pada November 2015. - Press TV