Kualiti Liga-M dijangka terjejas

Saingan Liga-M ditangguhkan sejak 16 Mac lalu ekoran pandemik Covid-19.
Saingan Liga-M ditangguhkan sejak 16 Mac lalu ekoran pandemik Covid-19.
A
A
A

KUALITI saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang terpaksa ditangguhkan susulan pandemik Covid-19 dijangka terjejas sekiranya kesemua pertandingan Liga-M musim ini tidak dapat disambung selewat-lewatnya Jun depan.

Jangkaan pengendali Perak II, Abu Bakar Fadzim itu mengambil kira kesan yang bakal menimpa kesemua 24 pasukan bertanding apabila perlu melengkapkan baki perlawanan liga serta saingan Piala FA sebelum merebut kejuaraan Piala Malaysia dalam tempoh singkat.

Abu Bakar
Abu Bakar

“Dari segi jadual akan jadi padat dan pasukan pasti akan melalui persiapan dalam keadaan tergesa-gesa. Jadual memang boleh disusun tetapi tahap kualiti dan kemampuan pemain jika bermain dalam keadaan sebegitu yang perlu jadi keutamaan.

“Dalam masa terhad itu, saya lihat tahap kompetitif Liga-M boleh terkesan. Saya juga khuatir dari segi kecederaan dialami pemain dan tempoh masa diambil untuk pulih akan merencatkan prestasi pasukan,” katanya.

Pengendali berusia 48 tahun itu berkata, perjalanan liga yang masih panjang turut akan memberi tekanan hebat kepada semua barisan pemain dan jurulatih pasukan.

“Ini satu cabaran tidak pernah kita lalui. Keadaan terpaksa bergegas dalam melengkapkan jadual musim ini akan meletakkan sesuatu pasukan dan pemain itu di bawah tekanan. Ditambah pula perjalanan liga baru sahaja bermula,” jelas bekas pengendali Perak dan PKNP FC itu.

Hampir sebulan industri bola sepak tanah air terhenti selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengambil keputusan menangguhkan perjalanan Liga-M yang bermula penghujung Februari lepas, hanya selepas empat perlawanan susulan penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Dua entiti bola sepak negara itu turut melarang setiap pasukan daripada menjalankan sesi latihan dan mengadakan aksi persahabatan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

MFL selaku badan pentadbir Liga-M sehingga kini belum memutuskan mengenai tempoh penangguhan berkenaan sementara beberapa legenda bola sepak tanah air mencadangkan supaya saingan Piala FA dan Piala Malaysia dikaji untuk mengelak daripada jadual pertandingan yang padat. - Bernama