AS lancar serangan 'pertahanan diri' terhadap Iran

CENTCOM melancarkan 'serangan pertahanan diri tambahan' ke atas pelbagai sasaran di Iran pada Rabu atas arahan Presiden Donald Trump.
CENTCOM melancarkan 'serangan pertahanan diri tambahan' ke atas pelbagai sasaran di Iran pada Rabu atas arahan Presiden Donald Trump.
A
A
A

WASHINGTON - Komando Pusat Amerika Syarikat (AS) (CENTCOM) melancarkan "serangan pertahanan diri tambahan" ke atas pelbagai sasaran di Iran pada Rabu atas arahan Presiden Donald Trump, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Pasukan Komando Pusat AS mula melancarkan serangan pertahanan diri tambahan hari ini pada jam 5:15 petang ET (2115GMT) ke atas pelbagai sasaran di Iran atas arahan Panglima Tertinggi," menurut CENTCOM di X.

"Serangan itu adalah sebagai tindak balas terhadap pencerobohan berterusan Iran yang tidak wajar," tambahnya.

Pada Rabu, Setiausaha Pertahanan, AS Pete Hegseth berkata, serangan tentera AS yang dirancang akan memberi tumpuan pada "kemudahan utama" di Iran, memberi amaran operasi yang dijadualkan untuk beberapa jam akan datang dijangka "kuat dan jelas." - Bernama/Anadolu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!