Guna trak tunda, konvoi jenazah edar dadah

Ramli Din
Ramli Din
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis menahan seramai 1,502 individu seluruh negara atas pelbagai kesalahan narkotik sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 43 kes membabitkan aktiviti pengedaran dadah.

"Seramai 109 pengedar pula ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di sini hari ini.

Ramli berkata, hasil sekatan jalan raya yang dijalankan polis menerusi Ops Covid-19 mendapati aktiviti pengedaran dadah itu menggunakan khidmat penghantar makanan, trak tunda dan konvoi menghantar jenazah.

"Penagih dadah mencari pelbagai kaedah untuk melepaskan ketagihan dengan pelbagai cara untuk melepasi sekatan polis," katanya.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti pengedaran itu berjaya dihidu pasukan polis yang melakukan sekatan jalan raya.

"Polis percaya mereka ini menggunakan tiga modus operandi terbabit untuk membawa dadah yang diedarkan kepada pihak tertentu sepanjang musim PKP," katanya.

Artikel Berkaitan: