MBMB arah ritual kematian dihentikan, kawasan dibersihkan serta-merta

MBMB mengarahkan ritual kematian di kawasan pesisir pantai Taman Residence 8, Padang Temu dihentikan serta-merta.
MBMB mengarahkan ritual kematian di kawasan pesisir pantai Taman Residence 8, Padang Temu dihentikan serta-merta.
A
A
A

MELAKA - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengarahkan ritual kematian di kawasan pesisir pantai Taman Residence 8, Padang Temu di sini dihentikan serta-merta selepas aktiviti itu didapati dijalankan di lokasi yang tidak dibenarkan.

Datuk Bandar, Datuk Shadan Othman berkata, MBMB telah mengeluarkan notis kepada ketua sami yang disyaki mengendalikan ritual berkenaan, selain menasihati penganjur supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

“Notis telah diserahkan kepada ketua sami yang mengendalikan upacara tersebut kerana kawasan itu bukan lokasi yang diwartakan atau dibenarkan untuk aktiviti berkenaan.

“Mereka juga telah dinasihatkan supaya tidak menggunakan lokasi itu lagi bagi tujuan ritual keagamaan,” katanya.

Pada Isnin, tular di media sosial aduan penduduk berhubung aktiviti berkenaan sehingga mendorong pihak berkuasa menjalankan pemantauan di lokasi terbabit.
Pada Isnin, tular di media sosial aduan penduduk berhubung aktiviti berkenaan sehingga mendorong pihak berkuasa menjalankan pemantauan di lokasi terbabit.

Beliau berkata, semasa operasi itu, MBMB turut mengarahkan kawasan berkenaan dibersihkan serta-merta dan semua barangan yang digunakan dalam ritual tersebut dialihkan.

“Pemeriksaan mendapati tiada abu mayat dibuang ke kawasan pantai seperti yang dibimbangi segelintir pihak. Apa yang ada hanyalah beberapa bahan berkaitan upacara seperti beras, bunga-bungaan dan belanga yang digunakan dalam ritual tersebut.

“Semua bahan berkenaan telah dibersihkan dan dibawa keluar dari lokasi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Isnin, tular di media sosial aduan penduduk berhubung aktiviti berkenaan sehingga mendorong pihak berkuasa menjalankan pemantauan di lokasi terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!