IRGC nafi serang lapangan terbang Kuwait

Tangkapan layar video yang tular di media sosial menunjukkan impak serangan itu. Foto: AFP
Tangkapan layar video yang tular di media sosial menunjukkan impak serangan itu. Foto: AFP
A
A
A

TEHERAN - Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menafikan bertanggungjawab terhadap serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait yang meragut satu nyawa warga India manakala kira-kira 63 yang lain cedera pada Rabu.

"Siasatan dan semakan kami terhadap insiden itu menunjukkan pasukan udara kami tidak melepaskan sebarang tembakan ke atas sasaran berkenaan," kata jurucakapnya, Hossein Mohebi menerusi saluran Telegram.

Beliau mendakwa ia berpunca daripada kesilapan sistem Patriot milik Amerika Syarikat (AS) yang gagal memintas misil Iran.

Terdahulu, IRGC mengesahkan ia hanya menyasarkan pangkalan tentera udara Ali al Salem yang menempatkan helikopter AS.

Kejadian tersebut menyebabkan operasi di lapangan terbang itu terpaksa dihentikan sementara.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Kuwait memaklumkan, kira-kira 30 misil balistik dan dron dilancarkan hingga mengakibatkan kerosakan teruk pada bangunan terminal berkenaan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Kuwait, Abdullah al-Sanad puls memberitahu, puluhan mangsa menerima rawatan akibat pelbagai kecederaan termasuk luka di kepala, pendarahan otak dan amputasi anggota badan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait telah menjadi sasaran beberapa kali sepanjang konflik tersebut dan hanya kembali beroperasi sepenuhnya pada 1 Jun lalu. - AFP

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!