Kerajaan tidak perlu layan kerenah orang degil

Lelaki berusia 55 tahun direman empat hari di Balai Polis Banda Hilir kerana memaki dan menampar seorang anggota polis trafik.
Lelaki berusia 55 tahun direman empat hari di Balai Polis Banda Hilir kerana memaki dan menampar seorang anggota polis trafik.
A
A
A

SELURUH negara bersungguh-sungguh mahu menamatkan perang dengan Covid-19. Perdana Menteri, Menteri Kanan Pertahanan, dan Ketua Pengarah KKM tanpa henti menyeru, memperingat dan memberi statistik terkini berkaitan Covid-19.

Terima kasih juga kepada barisan hadapan negara khususnya kakitangan KKM, pasukan keselamatan iaitu serta agensi-agensi kerajaan yang lain.

Pujian juga harus diberikan kepada rakyat prihatin, kepimpinan parti politik, pusat zakat, pemimpin masyarakat dan serta pertubuhan bukan kerajaan yang terus menyalurkan bantuan makanan kepada rakyat yang memerlukan.

Namun, kesungguhan mereka di barisan hadapan dan rakyat yang patuh arahan PKP bagai dipersenda oleh mereka yang degil, biadab dan tidak bertanggungjawab.

Lokap, denda atau penjara

Apa yang meresahkan hati rakyat kebanyakan adalah sikap dan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa bagaikan tidak memberi kesan besar malah pihak penguat kuasa bagai dipersenda.

Kepenatan pihak berkuasa menjalankan tugas yang pada asasnya pasti mengundang ketegasan mereka khususnya terhadap yang degil dan biadab telah membawa mereka kepada siasatan dan mungkin dikenakan tindakan disiplin pula.

Benar kita mahu mendidik masyarakat kita menjadi masyarakat sivil iaitu iaitu mematuhi undang-undang tanpa dipaksa tetapi lebih kepada kesedaran mereka sendiri.

Artikel Berkaitan:

Persoalannya berjayakah pendekatan tersebut sedangkan selama ini kita tidak membina masyarakat kita dengan sistem nilai-nilai baik yang jelas, bahkan kita boleh lihat sistem kita lebih kepada meraikan mereka yang cemerlang angka bukan cemerlang nilai dan budi bahasa.

Kesan daripada kegagalan sistem nilai tersebut telah membuatkan mereka yang degil terus degil dan berani menipu pihak berkuasa tanpa berasa malu. Berbagai-bagai helah digunakan.

Haim
Haim

Malahan kepada yang biadab dan mempunyai kewangan kukuh tidak bimbang dengan undang-undang negara kerana mereka boleh membayar denda yang dikenakan.

Kepada yang tidak mampu untuk membayar denda telah mendatangkan masalah lain kepada negara pula di mana kerajaan terpaksa menanggung kos mereka ketika dalam lokap dan penjara.

Apakah isyarat sebenar ingin disampaikan?

Persoalannya apakah isyarat sebenar yang ingin kerajaan berikan kepada rakyat khususnya apabila membawa pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama dalam PKP.

Menggerakkan aset-aset tentera sebenarnya memberi keyakinan kepada rakyat betapa seriusnya kerajaan dalam memerangi Covid-19.

Namun apa yang jelas, peranan ATM bagaikan tidak lebih daripada memberi sokongan kepada pasukan polis dalam operasi sekatan jalanan. Kegerunan yang sepatutnya aura utama ATM bagaikan hilang kerana pendekatan yang diambil masih 'lembut'.

Negara hari ini dalam krisis iaitu dalam separa darurat. Adakah negara mempunyai banyak masa untuk terus melayan kerenah mereka yang degil?

Seluruh rakyat kini resah, mereka mahu sesegera mungkin perang Covid-19 ini berakhir kerana mereka mahu kembali bekerja dan kepada pelajar kembali ke sekolah atau ke universiti.

Ramai juga yang susah dan terputus bekalan makanan mahu segera bekerja kerana mereka amat bimbang jika lebih lama PKP mungkin lebih ramai yang akan hilang perkerjaan.

Untuk itu, adalah diharapkan kerajaan tidak hanya bercakap mahu mengambil tindakan keras sahaja tetapi membuktikannya. Fasa kedua PKP mesti mampu menewaskan Covid-19.

Lihat balik perundangan, jika tiada klausa membolehkan kekerasan diambil contohnya merotan, maka luluskan kuasa tersebut agar pasukan penguat kuasa boleh bertindak tegas dengan mereka yang degil dan biadab.

Rakyat tidak gembira melihat mereka yang degil didenda kerana denda boleh dibayar oleh yang berkemampuan.

Rakyat mahu melihat arahan kerajaan, pasukan polis serta ATM dihormati dan digeruni oleh rakyat.

Jika tidak lebih baik pasukan sukarelawan sahaja melakukan kerja membuat sekatan iaitu bukan penguatkuasaan tetapi lebih kepada penasihatan.

Mohon kerajaan dan pihak berwajib melihat teguran ini dari sudut positif dalam usaha bersama kita memerangi Covid-19.

Teruskan perjuanganmu rakyat Malaysia. Walau selelah mana kita, jangan sesekali kita berputus asa. Negara dan rakyat kita, tanggungjawab kita bersama.

* Prof Dr Haim Hilman Abdullah ialah pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia