Wira yang berjuang dalam diam

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 23 Mei lepas diteruskan dengan pencarian melalui udara. Foto Bernama
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 23 Mei lepas diteruskan dengan pencarian melalui udara. Foto Bernama
A
A
A

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu bukan sekadar misi menjejak seorang mangsa.

Sebaliknya, ia membuka tabir pengorbanan luar biasa puluhan anggota penyelamat yang bertarung dengan masa, cuaca dan keletihan.

Sejak hari pertama operasi digerakkan pada 24 Mei, pelbagai aset dan kepakaran telah digembleng dalam usaha menjejaki ibu kepada tiga anak itu.

Dalam tempoh lebih seminggu operasi berlangsung, pasukan SAR bukan sahaja berdepan cabaran bentuk muka bumi yang sukar, malah perlu mengharungi risiko ancaman hidupan liar, cuaca tidak menentu serta keletihan fizikal dan mental.

Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.
Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Di sebalik cabaran itu, tersingkap satu realiti yang jarang diberi perhatian, pengorbanan tulus anggota penyelamat yang sanggup mengetepikan kepentingan peribadi demi memastikan setiap inci kawasan pencarian diteroka.

Pengorbanan itu lebih terserlah apabila anggota SAR terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei lalu di dalam hutan, jauh daripada keluarga dan suasana perayaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih

Artikel Berkaitan:

'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan

Kronologi kehilangan Jaslinda

Pengorbanan ini bukan sesuatu yang boleh dinilai dengan kata-kata, apatah lagi diganti ganjaran material, kerana ia lahir daripada rasa tanggungjawab dan kemanusiaan tinggi.

Dalam memperluaskan skop pencarian, pelbagai aset berteknologi tinggi digerakkan bagi membantu mengesan mangsa.

Antaranya termasuk penggunaan pesawat bagi tinjauan udara yang membolehkan pasukan penyelamat menilai keadaan muka bumi secara menyeluruh, khususnya di kawasan cerun curam dan laluan yang sukar diakses melalui darat.

Selain itu, operasi turut memanfaatkan penggunaan dron yang dilengkapi kamera resolusi tinggi bagi menelusuri kawasan kanopi hutan tebal.

Tidak ketinggalan, kamera pengawasan hidupan liar yang dipasang di beberapa lokasi strategik turut digunakan bagi mengesan sebarang pergerakan di dalam hutan.

Operasi SAR di Gunung Batu Putih memperlihatkan bagaimana kerjasama bersepadu pelbagai agensi menjadi tulang belakang kepada usaha pencarian. Foto bomba Perak
Operasi SAR di Gunung Batu Putih memperlihatkan bagaimana kerjasama bersepadu pelbagai agensi menjadi tulang belakang kepada usaha pencarian. Foto bomba Perak

Kesemua aset ini digabungkan dengan gerakan operasi secara bersepadu dari darat dan udara, sekali gus membolehkan pencarian dilakukan secara sistematik serta meliputi kawasan lebih luas dalam tempoh masa yang singkat.

Dalam konteks ini, operasi SAR di Gunung Batu Putih memperlihatkan bagaimana kerjasama bersepadu pelbagai agensi menjadi tulang belakang kepada usaha pencarian.

Setiap agensi membawa kepakaran tersendiri, daripada aspek teknikal dan logistik hinggalah kepada strategi pencarian, sekali gus memastikan operasi berjalan secara tersusun dan berkesan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat

Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda

Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan

Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu

Antara elemen paling kritikal dalam operasi ini ialah peranan malim gunung yang menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pasukan penyelamat di kawasan hutan.

Pengalaman luas mereka dalam selok-belok hutan menjadi panduan berharga dalam membantu pasukan SAR menelusuri laluan sukar, mengenal pasti kawasan berisiko tinggi serta menentukan laluan strategik yang mungkin dilalui mangsa.

Dalam banyak keadaan, maklumat tepat disalurkan mereka menjadi asas kepada perancangan grid pencarian, sekali gus mengelakkan pembaziran masa dan tenaga.

Dalam diam, di celah rimbunan hutan dan laluan mencabar, anggota SAR sedang menulis kisah pengorbanan mereka sendiri, membawa pengertian cukup besar kepada sebuah keluarga yang menunggu kepulangan insan tersayang.

* Normawati Adnan ialah wartawan Sinar Harian Perak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!