Lima anggota bomba alami kecederaan sepanjang misi SAR Jaslinda

Sayani (kiri) bersama Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad ketika ditemui di Pusat Kawalan Hadapan (PKH) di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor pada Isnin.
Sayani (kiri) bersama Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad ketika ditemui di Pusat Kawalan Hadapan (PKH) di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor pada Isnin.
A
A
A

TAPAH - Lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak cedera sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu.

Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, semua anggota terbabit mengalami kecederaan ringan seperti terseliuh dan kecederaan lutut ketika menjalankan operasi di kawasan hutan berbukit yang mencabar.

Menurutnya, situasi itu menggambarkan tahap kesukaran yang dihadapi pasukan SAR yang kini memasuki hari kelapan pencarian.

Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.
Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

"Walaupun mengalami kecederaan, mereka ini tidak keluar daripada pasukan. Ada antaranya hanya sempat berehat satu malam dan sanggup masuk kembali ke lokasi pencarian untuk kali kedua.

"Inilah antara semangat dan kecekapan anggota-anggota kita dalam menjalankan tugas mencari mangsa. Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Hadapan (PKH) di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor di sini pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih

'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan

Artikel Berkaitan:

Kronologi kehilangan Jaslinda

Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, operasi SAR akan diperluaskan dengan penglibatan komuniti Orang Asli setempat bermula esok bagi meningkatkan keberkesanan pencarian.

Katanya, sekurang-kurangnya 22 penduduk Kampung Orang Asli Ampang Woh tampil secara sukarela untuk membantu pasukan SAR, dengan fokus pencarian di luar trek pendakian sedia ada.

“Komuniti ini akan memberi tumpuan pencarian di kawasan antara Kem Sukaneka hingga Gunung Rayu yang dipercayai menjadi laluan mangsa,” katanya.

Menurut Sayani, sebelum ini operasi tidak banyak melibatkan komuniti Orang Asli setempat kerana pasukan sedia ada, khususnya anggota PGA Batalion 3, sudah terdiri daripada unit Senoi Praaq yang berpengalaman luas dalam operasi hutan.

“Anggota PGA sendiri terdiri daripada etnik Orang Asli dan mempunyai kepakaran dalam selok-belok hutan. Pada peringkat awal, kita merasakan kekuatan itu sudah mencukupi.

“Namun selepas mengenal pasti kemungkinan pergerakan mangsa dan menerima tawaran sukarela daripada komuniti setempat, kita bersetuju untuk gabungkan kepakaran mereka dalam operasi,” katanya.

Tambah beliau, operasi SAR kini melibatkan kira-kira 153 anggota daripada pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), PGA, Malim Gunung Perhutanan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta agensi lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda

Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan

Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu

Selain cabaran bentuk muka bumi, operasi turut berdepan kekangan komunikasi apabila terdapat kawasan yang tidak mempunyai liputan radio amatur.

“Keadaan ini menyukarkan penyelarasan operasi secara pantas kerana pasukan di lapangan perlu mencari kawasan yang mempunyai liputan sebelum dapat mengemas kini maklumat terkini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!