Staf PBT antara lima ditahan berborak bawah pokok

Kelima-lima lelaki tersebut ditahan di bawah pokok ketika sedang berborak.
Kelima-lima lelaki tersebut ditahan di bawah pokok ketika sedang berborak.
A
A
A

BALIK PULAU - Seorang kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) antara lima individu yang dikompaun kerana didapati berkumpul di bawah pokok di Sungai Rusa, Sungai Pinang di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, kelima-lima lelaki berusia lingkungan 33 hingga 61 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.10 petang.

Menurutnya, mereka didapati sedang lepak dan berborak di bawah pokok tersebut ketika sepasukan polis sedang menjalankan rondaan di kawasan itu.

"Selain kakitangan PBT itu, empat lagi ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah dua orang nelayan, tukang masak dan tukang rumah.

"Siasatan mendapati tujuan mereka berkumpul di situ adalah untuk berborak. Malah, pokok tempat mereka berkumpul itu berhampiran dengan rumah salah seorang daripada mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, sebentar tadi.

Beliau berkata, kesemua mereka dibawa ke balai polis untuk dikompaun di bawah Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020.

Artikel Berkaitan: