Mustafa Kadhemi dilantik PM baharu Iraq

Mustafa Kadhemi
Mustafa Kadhemi
A
A
A

BAGHDAD - Presiden Iraq, Barham Saleh hari ini menamakan Ketua Perisik, Mustafa Kadhemi sebagai Perdana Menteri ketiga selepas pendahulunya, Adnan Zurfi gagal membentuk kerajaan.

Majlis pelantikan beliau dihadiri beberapa tokoh kanan politik untuk menzahirkan sokongan Kadhemi, 53, yang sebelum ini tidak pernah diberikan kepada Perdana Menteri terdahulu.

Sokongan itu adalah hasil daripada pertemuan politik termasuk dihadiri Jeneral Ismail Qaani yang memimpin Pasukan Quds di Iran sepanjang minggu lalu untuk mencapai kesepakatan tentang pelantikan beliau yang mengetuai Perkhidmatan Risikan Kebangsaan Iraq.

Khademi dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat selain memulihkan hubungan dengan Teheran sejak beberapa bulan lalu.

Beliau kini diberi tempoh selama 30 hari untuk mengemukakan senarai barisan Kabinet terdiri daripada 329 anggota Parlimen untuk proses undi percaya.

Sebelum Zurfi, bekas Perdana Menteri, Mohammad Allawi juga gagal untuk membentuk Kabinet hingga beliau nekad berundur kira-kira sebulan selepas memegang jawatan itu.

Susulan peletakan jawatannya, bekas Perdana Menteri, Adel Abdel Mahdi yang melepaskan jawatannya pada Disember lalu susulan peningkatan protes antikerajaan telah diberi tanggungjawab untuk memimpin Kabinet secara sementara. -AFP

Artikel Berkaitan: