X

Kindly register in order to view this article
!

Minum arak di padang kerana bosan duduk rumah

Mereka mendakwa bosan duduk di rumah menyebabkan keluar dan meminum arak di padang.
A
A

BUTTERWORTH - Bosan duduk rumah. Itu alasan enam lelaki apabila ditahan polis kerana didapati minum arak di sebuah di padang di Bagan Ajam di sini tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, selain mereka, lapan lagi termasuk dua wanita ditahan berdekatan sebuah kuil di Jalan Kampung Gajah kerana kesalahan sama.

Menurutnya, kesemua mereka antara 24 yang ditahan dalam Ops Mencegah Covid-19 oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah SPU yang bermula kira-kira jam 4 petang tadi.

24 orang termasuk dua wanita ditahan dalam operasi tadi kerana ingar PKP.
24 orang termasuk dua wanita ditahan dalam operasi tadi kerana ingar PKP.

"Selain 14 individu itu, empat lelaki lagi ditahan selepas didapati sedang meminum air ketum di kawasan padang di Taman Mesra, Padang Lalang di sini manakala selebihnya ditahan kerana berkumpul. Kesemua mereka ini tahu dan faham dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi memberi alasan bosan duduk rumah.

"Mereka juga mendakwa semua kedai tutup menyebabkan mereka memilih lokasi lain seperti padang dan berdekatan kuil untuk meminum arak. Mereka yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah SPU untuk tindakan kompaun RM1,000," katanya selepas mengetuai operasi di sini tadi.

Tambahnya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 16 hingga 60 tahun kerana melanggar PKP di bawah Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020.

Beliau berkata, sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac lalu, pihaknya telah menahan 140 individu kerana tidak mematuhi PKP.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!