Jenazah dua pekerja insiden FSO Sepat selamat dikebumikan

Waris kepada Allahyarham Nik Muhammad Hafifi mendengar talkin selepas selesai pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Setali pada Isnin.
Waris kepada Allahyarham Nik Muhammad Hafifi mendengar talkin selepas selesai pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Setali pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN – Jenazah dua pekerja tragedi bot penyelamat yang terjatuh di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di perairan Terengganu-Kelantan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini pada Isnin.

Jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dan Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dibawa secara berasingan dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selepas selesai proses bedah siasat.

Jenazah Nik Muhammad Hafifi tiba untuk dikebumikan.
Jenazah Nik Muhammad Hafifi tiba untuk dikebumikan.

Terdahulu, jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri tiba di Masjid Imam Ash-Shafie, KotaSAS kira-kira jam 2.40 petang sebelum disolatkan.

Jenazah Allahyarham kemudian tiba di tanah perkuburan sebelum urusan pengebumian selesai kira-kira jam 5.56 petang.

Sementara itu, jenazah Muhammad Faezuan Hakim tiba di tanah perkuburan sama dan urusan pengebumian selesai kira-kira jam 6.44 petang.

Jenazah Muhammad Faezuan Hakim dibawa sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali.
Jenazah Muhammad Faezuan Hakim dibawa sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali.

Artikel Berkaitan:

Ratusan penduduk setempat, ahli keluarga serta kenalan hadir memberi penghormatan terakhir.

Pada Ahad, media melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari, tiga pekerja pelantar minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di FSO Sepat.

Seorang lagi mangsa yang maut ialah Ahmad Fiqri Zakaria, 38, manakala Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, cedera parah dan sedang menerima rawatan di HSNZ.

Jenazah Muhammad Faezuan Hakim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali pada Isnin.
Jenazah Muhammad Faezuan Hakim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali pada Isnin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!