Petronas sahkan insiden di FSO Sepat, siasatan masih dijalankan

Petronas mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di FSO Sepat di luar pantai Terengganu yang membabitkan empat pekerja kontraktor.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Petronas pada Isnin mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di luar pantai Terengganu yang membabitkan empat pekerja kontraktor.

"Dukacita dimaklumkan bahawa tiga pekerja telah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada kira-kira jam 5.57 petang semalam manakala seorang lagi petugas yang cedera sudah dipindahkan bagi menerima rawatan perubatan dan masih di bawah pemerhatian,” menurut syarikat minyak dan gas negara itu dalam kenyataan pada Isnin.

Lokasi kejadian di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad.
Lokasi kejadian di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam laut

Isteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir

'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua'

Petronas sahkan insiden melibatkan pekerja kontraktornya

Menurut Petronas, siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan dan dengan kerjasama pihak berkuasa yang berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Ahli keluarga mangsa kemalangan bot di luar pesisir Terengganu-Kelantan berada di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HSNZ bagi menunggu proses bedah siasat dijalankan.
Ahli keluarga mangsa kemalangan bot di luar pesisir Terengganu-Kelantan berada di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HSNZ bagi menunggu proses bedah siasat dijalankan.

"Petronas merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja mangsa yang meninggal dunia. Keutamaan segera syarikat ini adalah untuk memberi sokongan terhadap kebajikan mereka yang terjejas,” menurut syarikat itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!