Adidas Malaysia lancar 'Home of World Cup' FIFA 2026

Pertunjukan dron berskala besar berlatarbelakangkan Merdeka 118 dan Stadium Merdeka.
Pertunjukan dron berskala besar berlatarbelakangkan Merdeka 118 dan Stadium Merdeka.
A
A
A

SHAH ALAM - Jenama sukan terkenal, adidas Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen 'Home of World Cup' menerusi pertunjukan dron berskala besar sempena permulaan musim Piala Dunia FIFA 2026™.

Menjadikan mercu tanda ikonik Merdeka 118 dan Stadium Merdeka sebagai latar belakang, adidas 'Drone Show' menggabungkan koreografi dron terselaras yang cukup memukau pandangan ribuan penonton bagi meraikan semangat, emosi serta tenaga global sukan bola sepak.

Pengurus Negara adidas Malaysia, Preston Page berkata, kempen kali ini menampilkan visual berani berpandukan logo ikonik 'Three Stripes', siluet pemain, jersi terbaharu, bola rasmi perlawanan Piala Dunia FIFA 2026™, iaitu 'Trionda' hingga momen pertembungan dua pasukan yang diinspirasikan daripada semangat permainan global itu.

"Pertunjukan dron berkenaan menandakan permulaan kempen Piala Dunia FIFA 2026 adidas Malaysia, sekali gus menyatukan peminat dalam satu detik penuh keterujaan menjelang pentas terbesar bola sepak dunia.

“Bola sepak lebih daripada sekadar permainan buat kami. Ia budaya, identiti dan komuniti. Jadi, kami mahu mencipta pengalaman yang membawa peminat lebih dekat dengan semangat ini dalam cara yang lebih imersif, emosional dan unik.

"Daripada kembalinya logo ikonik 'Trefoil' ke pentas terbesar bola sepak dunia hingga pelancaran bola rasmi perlawanan 'Trionda' dan jersi terbaharu kami, musim ini mewakili era baharu budaya bola sepak yang kami sangat teruja untuk bawakan ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kemeriahan tidak terhenti setakat pertunjukan dron sahaja apabila adidas Malaysia membawa terus suasana stadium dan 'street culture' ke tengah-tengah pusat beli-belah tumpuan ramai melalui siri jelajah 'Home of World Cup'.

adidas Malaysia melancarkan kempen 'Home of World Cup' menerusi pertunjukan dron berskala besar sempena permulaan musim Piala Dunia FIFA 2026™.
adidas Malaysia melancarkan kempen 'Home of World Cup' menerusi pertunjukan dron berskala besar sempena permulaan musim Piala Dunia FIFA 2026™.

Artikel Berkaitan:

Menjadi tumpuan utama adalah bola gergasi 'Trionda' bersama paparan jersi daripada kuasa besar bola sepak dunia antaranya Argentina, Jerman, Jepun, Mexico dan Sepanyol.

Peminat juga berpeluang untuk membeli jersi 'Home dan Away' Piala Dunia FIFA 2026™ terkini, meneroka koleksi eksklusif 'World Cup City Tees', menikmati pengalaman ruang mamak berinspirasikan bola sepak yang meraikan budaya unik semasa hari perlawanan di Malaysia dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, 'The Champions Stage' membawakan persaingan bola sepak ke arena digital menerusi kejohanan e-sukan berintensiti tinggi yang diinspirasikan daripada kehangatan Piala Dunia FIFA 2026™.

Dianjurkan sebagai sebahagian daripada pengalaman 'Home of World Cup', pemain akan bersaing dalam kejohanan satu lawan satu mewakili persekutuan yang disokong adidas, sebelum mengharungi peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati bagi merebut gelaran juara.

Sebanyak lapan pasukan dengan empat pemain bagi setiap kumpulan bermain dalam format 'round-robin'.

Juara bakal membawa pulang baucar adidas sebanyak RM1,500 manakala naib johan pula baucer adidas RM1,000, masing-masing turut menerima rantai kunci keluaran jenama berkenaan.

Penggembar bola sepak boleh mengunjungi dua lokasi kempen 'Home of World Cup' di Pavilion KL pada 26 Mei hingga 3 Jun dan 8 hingga 14 Jun di The Exchange TRX bermula jam 10 pagi serta berakhir 10 malam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!