[VIDEO] Laporan solat Jumaat diteruskan bertarikh 8 April palsu!

SHAH ALAM - Sinar Harian menafikan penularan tangkap layar artikel berhubung solat Jumaat tetap diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertarikh 8 April.
Gambar tangkap layar laporan tersebut sebenarnya ialah tarikh yang terdapat pada laman web rasmi Sinar Harian.
Bagaimanapun, gambar itu disebarkan menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp seolah-olah ia adalah laporan berita yang baru diterbitkan.
Sebenarnya laporan tersebut adalah berita yang disiarkan pada 12 Mac lalu sebelum kerajaan mengeluarkan arahan PKP.
ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Solat Jumaat tetap diteruskan
Sehubungan itu, Sinar Harian berharap orang ramai tidak terkeliru dengan laporan sebenar dan gambar tangkap layar yang sengaja disebarkan itu.
Pernyebaran berita palsu ini adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.
Sementara itu, Sinar Harian meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengheret penyebar berita palsu ini ke muka pengadilan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -KPM serah kepada polis siasat penemuan bungkusan misteri di sekolah di Negeri Sembilan
17 Oktober 2026 01:00pm'Jangan jadikan media sosial pentas menghina, guna dengan adab', titah Agong
17 Oktober 2026 11:24amKunjung hormat DMPM ke Kedutaan Azerbaijan buka ruang dialog dua hala
17 Oktober 2026 09:42amMajoriti sokong gaji minimum RM2,000
17 Oktober 2026 08:30amGo away, I don't want to see you - Tuanku Muhriz
16 Oktober 2026 04:54pmNik Nazmi akui individu ditahan JAIS, mohon maaf
17 Oktober 2026 11:06am'Pertama kali lihat Tuanku murka depan mata'- Cicit Siamang Gagap
16 Oktober 2026 06:09pm- Iklan -- Iklan -
