Tak mengaku tumbuk mata isteri

Asrol Hisyam Mohd Ramli mengaku tidak bersalah menumbuk isterinya ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Asrol Hisyam Mohd Ramli mengaku tidak bersalah menumbuk isterinya ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menumbuk isterinya di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Asrol Hisyam Mohd Ramli, 33, didakwa melakukan kesalahan itu pada 3 April lalu.

Pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 29 tahun dengan cara menumbuk mata mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Banggol Katong, di sini, jam 6.30 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan L Rathna manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mazlan Md Zein.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi sepanjang prosiding berlangsung.