Ribut petir, hujan lebat landa Labuan, 5 negeri - MetMalaysia

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 9 malam ini. Foto hiasan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 9 malam ini. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda Terengganu melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang melibatkan Jerantut dan Kuantan.

Amaran sama dikeluarkan bagi Kluang di Johor manakala Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit, Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, kawasan diramal terjejas ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!