MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri. Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri hingga 1 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Raub, Jerantut, Temerloh dan Maran.

Cuaca sama turut dijangka melanda Johor di kawasan Segamat, Kluang dan Mersing.

Di Sarawak pula, amaran dikeluarkan bagi kawasan Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!