X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD Simpang Renggam dilanjut sehingga 14 April: Ismail Sabri

Ismail Sabri ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, Kluang, Johor yang bermula 26 Mac lalu dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut dipersetujui pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri yang berlangsung pagi tadi.

Katanya, tindakan tersebut diambil bagi menyelesaikan beberapa perkara yang masih dalam tindakan.

"Kita telah bersetuju PKPD disambung empat hari lagi bagi menyelesaikan beberapa perkara yang masih dalam tindakan," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sedang menyediakan standard operasi standard (SOP) baharu PKP mengikut zon yang akan diperhalusi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi-agensi yang berkaitan.

"Perkara ini akan dibincangkan secara terperinci esok. MKN telah mengedarkan cadangan SOP dan bincang secara terperinci.

"Sementara itu KKM juga akan memperincikan tentang ketiga-tiga zon iaitu merah, kuning dan hijau," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada PKPD akan dilaksanakan di daerah Rembau, Negeri Sembilan selepas KKM mengesan sub kluster berkaitan perhimpunan di Sri Petaling, Ismail Sabri berkata, perkara tersebut akan diperhalusi oleh kementerian itu terlebih dahulu.

"Walaupun saya mengumumkan setiap PKPD, tetapi ia berdasarkan nasihat daripada KKM. Kita akan menunggu nasihat mereka ia dan ia terserah kepada KKM," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!