Cristiano Ronaldo, Messi tak setanding Ronaldo

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

LEGENDA Brazil, Ronaldo Luís Nazario de Lima dinilai mempunyai kualiti lebih baik jika dibandingkan dengan bintang Barcelona, Lionel Messi dan pemain sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo.

Bekas penyerang Argentina, Hernan Crespo berkata, Ronaldo berada pada tahap berbeza dan ia masih belum mampu ditandingi Messi dan Cristiano Ronaldo.

"Cristiano Ronaldo dan Messi sangat beruntung kerana mereka bermain di zaman yang sama dan saling mendorong satu sama lain untuk menjadi lebih baik.

"Berbeza dengan Ronaldo kerana dia bermain di era saya. Tiada siapa yang memberinya motivasi untuk menjadi pemain terhebat dan dia melakukan sendiri tanpa bantuan.

"Anda boleh melihat kembali tayangan aksinya di atas padang dan anda boleh lihat keindahan pergerakannya, kreativiti untuk lolos daripada pertahanan dan ia belum mampu di atasi oleh pemain lain di dunia ini," katanya.

Cristiano Ronaldo dan Messi ketika ini menjadi antara pemain terbaik di dunia dan mendominasi sukan bola sepak dalam 12 tahun terakhir.

Kedua-dua mereka juga turut mendominasi anugerah Ballon d'Or dengan Messi cemerlang dengan enam trofi manakala Cristiano Ronaldo pula berjaya merangkul lima trofi.

Dalam masa sama, bekas pemain Chelsea itu tidak menidakkan kualiti dimiliki Messi dan Cristiano Ronaldo, namun menegaskan mereka perlu lebih bekerja keras untuk menyamai tahap keupayaan Ronaldo.

Artikel Berkaitan:

"Saya rasa Cristiano Ronaldo membina kariernya dengan kerja keras yang luar biasa. Tetapi dia tidak punya kreativiti yang dimiliki Ronaldo," katanya.

Sepanjang kariernya, bersama beberapa kelab ternama dunia antaranya Real Madrid, Inter Milan dan Barcelona, Ronaldo telah memenangi 13 kejuaraan dalam semua kejohanan selain turut memenangi Piala Dunia sebanyak dua kali bersama Brazil.