Tentera Israel rampas lebih 40 bot Global Sumud

Misi maritim kemanusiaan antarabangsa Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 untuk menghantar bantuan kepada para penduduk Palestin di Gaza melalui jalan laut tidak kesampaian. - Agensi
Misi maritim kemanusiaan antarabangsa Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 untuk menghantar bantuan kepada para penduduk Palestin di Gaza melalui jalan laut tidak kesampaian. - Agensi
A
A
A

ISTANBUL - Tentera Israel merampas lebih 40 daripada 54 bot yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza pada Selasa, menurut media Israel.

Kira-kira 300 aktivis turut ditahan, lapor laman web berita Israel Walla.

Walla menambah tentera laut Israel masih belum memintas semua kapal GSF dan beberapa bot masih berada di laut terbuka.

Tentera Israel melancarkan serangan ke atas armada kemanusiaan Global Sumud yang menuju ke Gaza di perairan antarabangsa pada Isnin. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!