SuperLife World perkukuh inovasi kesihatan bertaraf global

Usaha SuperLife World dalam memacu inovasi kesihatan dunia turut mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Peneraju Inovasi Kesihatan Global sempena BISA 2026.
Usaha SuperLife World dalam memacu inovasi kesihatan dunia turut mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Peneraju Inovasi Kesihatan Global sempena BISA 2026.
A
A
A

SUPERLIFE World terus memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat kesihatan dan kesejahteraan bertaraf antarabangsa menerusi pendekatan berasaskan inovasi sains, pendidikan kesihatan dan pembangunan komuniti global.

Usaha syarikat itu dalam memacu inovasi kesihatan dunia turut mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Peneraju Inovasi Kesihatan Global sempena Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SuperLife World Malaysia, Lai Tek Kean berkata, syarikat itu bukan sekadar menawarkan produk kesihatan, sebaliknya memberi fokus terhadap pendidikan sains, pembangunan gaya hidup sihat dan platform keusahawanan yang mampan.

Paul ditemuramah ketika menghadiri BISA 2026.
Paul ditemuramah ketika menghadiri BISA 2026.

Menurut beliau, SuperLife percaya masa depan industri kesihatan memerlukan gabungan ilmu sains, kesihatan dan ekosistem kehidupan yang lebih menyeluruh.

“Kami percaya masa depan bukan hanya mengenai produk semata-mata, tetapi bagaimana pendidikan sains, kesihatan dan ekosistem kehidupan yang betul dapat dibangunkan secara menyeluruh.

“Paling penting, kami bukan sahaja menawarkan produk yang membantu pengguna, tetapi turut menyediakan platform kepada usahawan untuk membina kehidupan dan perusahaan mereka sendiri,” katanya.

Menurutnya, model jualan langsung yang diterapkan syarikat itu juga diyakini mampu menjadi sistem yang adil dan telus dalam membangunkan ekosistem keusahawanan global.

Artikel Berkaitan:

“Kami bukan sahaja fokus kepada pasaran Malaysia, malah kini bergerak ke arah globalisasi kerana Malaysia mempunyai latar belakang yang sangat kukuh terutama dari segi bahasa dan budaya.

“Ia memberi keyakinan kepada kami untuk berkembang ke pasaran antarabangsa dan membawa kebijaksanaan global dalam pembangunan syarikat,” ujarnya.

SuperLife World menerima Anugerah Peneraju Inovasi Kesihatan Global sempena BISA 2026 yang disampaikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli kepada Tek Kean (kanan).
SuperLife World menerima Anugerah Peneraju Inovasi Kesihatan Global sempena BISA 2026 yang disampaikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli kepada Tek Kean (kanan).

Dalam pada itu, Tek Kean berkata, kadar pengekalan syarikat mencecah 95 peratus sepanjang tiga tahun lalu membuktikan kestabilan operasi dan kekuatan pengurusan syarikat tersebut.

“Angka 95 peratus itu menunjukkan pengurusan kami sangat kukuh serta mampu membantu usahawan bina perusahaan mereka sehingga ke peringkat global.

“Kestabilan syarikat amat penting supaya kami dapat terus membantu lebih ramai usahawan berkembang dan membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Bina kepercayaan global

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Kewangan SuperLife World, Datuk Paul Nair berkata, antara pencapaian terbesar syarikat itu ialah kejayaannya mengembangkan operasi ke lebih 40 negara dengan lebih daripada dua juta pengguna produk di seluruh dunia.

“Kami bukan sekadar membina sebuah syarikat, tetapi membina kepercayaan global yang berkembang melalui inovasi, konsistensi dan hasil.

“Apa yang paling membanggakan bukan sahaja perkembangan antarabangsa kami, tetapi juga impak positif yang berjaya diwujudkan dalam kehidupan masyarakat merentasi pelbagai budaya dan pasaran,” katanya.

Menurut beliau, cabaran terbesar syarikat adalah memastikan standard kualiti dan konsistensi operasi dapat dikekalkan di semua negara.

“Kami beroperasi di lebih 40 negara dan setiap negara mempunyai budaya serta cara perniagaan yang berbeza.

“Jadi, sangat penting untuk kami memastikan konsistensi di seluruh dunia, selain mengekalkan integriti, disiplin dan sistem operasi yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata, cabaran tersebut akhirnya menjadi asas kekuatan syarikat dalam membina kejayaan jangka panjang yang mampan.

“Kejayaan jangka panjang bukan hanya bergantung kepada produk yang hebat, tetapi juga integriti yang kukuh, operasi yang stabil, inovasi dan komuniti global yang bersatu,” ujarnya.

Mengulas mengenai pengiktirafan yang diterima di BISA 2026, Paul menyifatkan anugerah itu amat bermakna kerana diterima di negara sendiri.

“Kami pernah memenangi banyak anugerah sebelum ini, namun pengiktirafan di Malaysia ini sangat istimewa kerana ia menghargai usaha kami membawa inovasi kesihatan berasaskan sains ke tahap global.

“Bagi kami, kejayaan ini bukan sekadar pencapaian, tetapi tanggungjawab untuk terus meningkatkan nilai dalam industri kesihatan dan kesejahteraan,” katanya.

Tambah beliau, SuperLife percaya kesejahteraan bukan hanya mengenai produk semata-mata, tetapi satu misi untuk mengubah kehidupan dan membina masa depan yang lebih sihat untuk generasi akan datang.

“Ini adalah permulaan kepada pertumbuhan dan perubahan yang lebih besar pada masa depan. Kami percaya yang terbaik masih belum datang,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!