Kerajaan terus lindungi rakyat, kekalkan subsidi petrol dan diesel

Usaha tersebut dibuat melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) iaitu subsidi bahan api bagi sektor pengangkutan darat dan air awam serta pengangkutan barangan tertentu. Foto hiasan
Usaha tersebut dibuat melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) iaitu subsidi bahan api bagi sektor pengangkutan darat dan air awam serta pengangkutan barangan tertentu. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus melindungi rakyat serta memastikan kestabilan harga barangan walaupun harga minyak global meningkat ketika ini susulan konflik di Asia Barat.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di Facebook pada Ahad memaklumkan usaha tersebut dibuat melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) iaitu subsidi bahan api bagi sektor pengangkutan darat dan air awam serta pengangkutan barangan tertentu.

"Langkah ini membantu agar kos pengangkutan terkawal dan harga barangan kekal stabil.

"Kerajaan akan terus memantau perkembangan global dan mengambil pendekatan berhemah demi melindungi kesejahteraan rakyat,” menurut kementerian itu.

Dalam hantaran itu, MoF turut berkongsi infografik yang menunjukkan harga runcit petrol bersubsidi di bawah SKPS bagi sektor pengangkutan darat dan air awam serta pengangkutan darat barangan dikekalkan pada RM2.05 seliter.

Bagi SKDS pula, harga runcit diesel bersubsidi bagi sektor pengangkutan darat awam kekal pada RM1.88 seliter manakala bagi sektor pengangkutan darat barangan dikekalkan pada RM2.15 seliter. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan melindungi rakyat dan memastikan kestabilan harga barangan.
  • Harga minyak global meningkat akibat konflik di Asia Barat.
  • Subsidi bahan api diberikan untuk sektor pengangkutan darat dan air awam.
  • SKPS mengekalkan harga petrol bersubsidi pada RM2.05 seliter.
  • SKDS mengekalkan harga diesel bersubsidi pada RM1.88 dan RM2.15 seliter.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!